awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Agong padat, pelbagai perkara penting boleh dibahas Ahli Parlimen - Ahmad Zahid
Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh
SPRM reman bekas eksekutif bank disyaki terbabit rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi , Ahli Parlimen PKR buat sidang media khas esok, dijangka ulas RMK13

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2025
10:48 MYT
Rafizi , Ahli Parlimen PKR buat sidang media khas esok, dijangka ulas RMK13
Rafizi memaklumkan sidang akhbar tersebut akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang di Bandar Puchong Jaya pada jam 9 pagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar khas bersama beberapa Ahli Parlimen PKR pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Rafizi Ramli akan mengadakan sidang media khas bersama beberapa Ahli Parlimen PKR pada 7 Julai di Puchong, namun tujuan sidang belum didedahkan.
  • Beliau sebelum ini memberi bayangan tidak akan bertanding dalam PRU ke-16 dan ingin fokus kepada bidang keusahawanan.
  • Rafizi tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR kepada Nurul Izzah dan telah meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Perkara itu dikongsikan Rafizi menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Ahad.
Difahamkan, Ahli Parlimen Pandan itu dijangka menyentuh mengenai Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
RMK13 merupakan pelan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026–2030 yang dirangka oleh Kementerian Ekonomi.
RMK13 bertujuan untuk memperkukuh struktur ekonomi negara melalui pendekatan reformasi yang strategik dan inklusif, selaras dengan visi Ekonomi MADANI.
RMK13 dijangka dibentang pada Sesi Persidangan Dewan Rakyat kali ini.
Menerusi hantaran berkenaan, Rafizi memaklumkan sidang akhbar tersebut akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang di Bandar Puchong Jaya pada jam 9 pagi.
Sidang media tersebut turut akan disiarkan secara langsung di platform-platform media sosial bekas Menteri Ekonomi itu.
Satu sidang media bersama beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan seperti berikut: Tarikh: Isnin, 7 Julai 2025 Masa: 9:00 pagi Lokasi: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, Tingkat 2, No. 12, Jalan Cenuk 1, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor. pic.twitter.com/uuhOWsZpZd
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 6, 2025
Semalam, beliau dilaporkan memberi bayangan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
Beliau berkata demikian ketika disoal sekiranya tidak dicalonkan semula di Parlimen Pandan semasa sesi bual bicara audio siar "Yang Berhenti Menteri" pada Jumaat.
Sebaliknya Ahli Parlimen Pandan itu bercadang untuk memberi tumpuan kepada sektor keusahawanan.
Dalam sesi sama, Rafizi seolah-olah tawar hati dengan budaya yang berlaku semasa Pemilihan PKR 2025, namun beliau tidak menyatakan secara khusus budaya yang dimaksudkan.
Rafizi tewas dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden kepada Nurul Izzah Anwar semasa pemilihan parti pada Mei, dan mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Sidang media
#Ahli Parlimen PKR
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan