awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi bakal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR

Bernama
Bernama
20/03/2025
08:47 MYT
Rafizi bakal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR
Rafizi berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak pergolakan dalaman parti yang boleh memberi kesan negatif kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bakal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 Mei depan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak pergolakan dalaman parti yang boleh memberi kesan negatif kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
"Jika orang seperti saya berkata saya tidak berminat, saya mahu lakukan perkara lain, ia akan menimbulkan terlalu banyak drama dalam kerajaan pada saat kita benar-benar perlu bertahan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
"Jadi, sama ada bernasib baik atau tidak, saya perlu bertahan dan akan tetap bertanding," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kajian Separuh Penggal Pelan Tindakan Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas Negara (OGSE) 2021-2030 hari ini.
Rafizi menyandang jawatan itu sejak pemilihan PKR 2022 selepas menewaskan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau pernah bertanding merebut jawatan itu pada 2018 tetapi tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata fokus utama PKR dalam pemilihan kali ini adalah memastikan proses demokrasi berjalan secara matang dan sihat serta meneruskan komitmen terhadap tugas dalam kerajaan.
"Saya tidak fikir rakyat mahu melihat terlalu banyak drama daripada mana-mana parti politik. Kita harus fokus pada kemungkinan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2028," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#pertahan jawatan
#timbalan presiden
#PKR
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan