awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi heret Wan Ahmad Fayhsal ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2023
05:47 MYT
Rafizi heret Wan Ahmad Fayhsal ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Mohd Rafizi berkata, dakwaan Wan Ahmad Fayhsal manifesto Pakatan Harapan (PH) Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ada menjanjikan untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak benar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli akan mengusulkan supaya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) dirujuk kepada Jawatankusa Hak dan Kebebasan kerana membuat kenyataan mengelirukan Dewan.
Mohd Rafizi berkata, dakwaan Wan Ahmad Fayhsal manifesto Pakatan Harapan (PH) Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ada menjanjikan untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak benar.
Beliau menegaskan janji seperti mana yang didakwa Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu merupakan satu pembohongan.
“Mengikut peraturan 36(12) mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis, dan ahli tu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.
“YB Machang sebelum ini menyatakan bahawa dalam manifesto PH sebelum ini (ada janji) menghapuskan PTPTN.
"Itu satu pembohongan kerana tak ada janji tu dalam manifesto PH baru-baru ini.
“Perkara itu suatu pembohongan yang jatuh (merujuk) kepada Perkara 36 (12). Saya minta Dewan ambil tindakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Usul tersebut mendapat keizinan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Noor yang kemudian meminta Rafizi membuat usul tersebut secara bertulis.
Rafizi berkata demikian ketika mencelah sewaktu sesi soalan tambahan dari Wan Ahmad Fayhsal berhubung usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin dan isi rumah B40 dalam pembayaran pinjaman PTPTN.
Terdahulu sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan, Wan Ahmad Fayhsal meminta Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin menyatakan bila program pemansuhan hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan B40 akan mula diperkenalkan.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad
#Dewan Rakyat
#PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan