Skip to main content

Politik

Rafizi, Nik Nazmi umum letak jawatan Ahli Parlimen, keluar PKR

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan program pengumuman hala tuju politik baharunya bersama Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Ahad ditangguhkan.
Mereka membuat pengumuman itu pada majlis Pengumuman Hala Tuju Politik Rafizi dan Nik Nazmi, di sini, pada Ahad.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa Isnin.

Bekas Timbalan Presiden PKR dan bekas Naib Presiden PKR itu turut mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa Selasa, melalui surat kepada Setiausaha Agung parti berkenaan.

Dalam pengumuman sama, Rafizi dan Nik Nazmi memaklumkan mereka akan menulis secara rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Isnin ini mengenai keputusan mereka untuk mengosongkan kerusi berkenaan.

“Sejak setahun lalu, kami  meneliti pelbagai parti kecil sedia ada sebelum memilih Parti Bersama Malaysia (Bersama) sebagai platform paling sesuai dengan aspirasi yang mahu dibawa,” katanya ketika majlis Pengumuman Hala Tuju Politik Rafizi dan Nik Nazmi di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, parti itu juga bersedia menawarkan diri untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya akan datang termasuk berdepan kerusi yang kini disandang PKR atau parti kerajaan lain sekiranya terdapat keperluan.

Katanya, Bersama mahu memperkenalkan budaya politik baharu dengan mengetengahkan calon muda, berpengalaman serta mewakili pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

 

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Must Watch Video