Pas menganggap isu rakaman suara anggota jawatankuasa pusatnya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung penerimaan dana daripada UMNO sebagai isu kecil.
Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata Pas menganggap isu dana RM90 juta yang didakwa diterima daripada UMNO itu telah selesai selepas semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun rasmi parti mendapati dana tersebut tidak wujud.
"Kami berterima kasih kepada SPRM yang membersihkan isu ini melalui siasatan. Ternyata ia fitnah dan satu pembohongan kerana Pas tidak terlibat dengan isu ini.
"Begitu juga isu rakaman suara Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz, kita anggap ia isu kecil," katanya kepada pemberita selepas Forum Murabbi Ummah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad lV di sini malam tadi.
BACA: Audio itu memang suara Nik Abduh - Takiyuddin
Sebelum ini, sebuah portal berita yang memetik sumber SPRM melaporkan siasatan badan itu mendapati tiada dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun rasmi Pas.
Laporan itu juga menyebut penemuan adalah hasil penelitian SPRM ke atas akaun bank Pas dalam siasatan berhubung dakwaan pemimpin parti berkenaan menerima RM90 juta daripada UMNO.
BACA: Dana RM90 juta: Saya fikir mereka salah orang - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh pula sebelum ini dilaporkan berkata tindakan beliau menafikan rakaman audio mendakwa dirinya menerima dana daripada Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum lalu kerana mahu menjaga reputasi partinya.
Sementara itu, mengulas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih, Tuan Ibrahim berkata Pas akan terus bekerjasama dengan UMNO.
BACA: Isu rakaman audio: Nik Abduh memilih untuk bercakap benar tetapi ...
"Gerakan jentera parti kita telah bina bersama, Pas tidak bertanding dan akan memberikan sokongan kepada UMNO, kami tidak boleh berbalah sama sendiri," katanya.
PRK itu diadakan selepas penyandang daripada Pakatan Harapan Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.
Penamaan calon PRK itu akan berlangsung esok manakala hari pengundian pada 2 Mac dan undi awal 26 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 15 2019
TUAN IBRAHIM: Gerakan jentera parti kita telah bina bersama, Pas tidak bertanding dan akan memberikan sokongan kepada UMNO, kami tidak boleh berbalah sama sendiri. - Gambar fail
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.