awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat marah kalau ahli politik paksa adakan PRU15

Kenyataan Media
Kenyataan Media
16/08/2021
14:35 MYT
Rakyat marah kalau ahli politik paksa adakan PRU15
Rakyat akan marah kalau ahli-ahli politik memaksa satu pilihan raya umum ke atas rakyat ketika ini. - Gambar fail/ Bernama
1. APABILA seorang Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka menurut Perkara 43(4) Perlembagaan, maka Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan Kabinetnya atau memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membubarkan Parlimen (permintaan pembubaran ini boleh ditolak oleh YDPA).
2. YDPA mempunyai kuasa untuk tidak membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan.
3. Ini bermakna YDPA boleh menjalankan tugasnya semula di bawah Perkara 43(2)(a) di mana Baginda boleh melantik seorang wakil rakyat yang pada hematnya punyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
4. Saya percaya satu cara ialah untuk melihat samada wakil daripada parti politik yang terbesar dan mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini dapat sedikit sebanyak menjamin kestabilan politik.
5. Jika tidak ada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kepercayaan majoriti, saya percaya YDPA tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan membubarkan Parlimen dan membuka jalan ke arah pilihan raya.
6. Namun memandangkan negara kita menghadapi krisis kesihatan ekoran COVID-19, rakyat pasti akan marah kepada ahli politik jika mereka tidak dapat berkompromi dalam memilih seorang ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri yang akan diperkenan YDPA.
7. Rakyat akan marah kalau ahli-ahli politik memaksa satu pilihan raya umum ke atas rakyat, saat-saat ini.
8. Oleh yang demikian, saya masih yakin ahli-ahli Dewan Rakyat akan bersikap bijaksana dalam memilih seorang Perdana Menteri yang mereka boleh berkerjasama dengannya dan mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat.
Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos Pengasas Pergerakan Rakyat Penyelamat Negara (RAPERA)
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan