awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat mesti pilih parti mentadbir negara dengan seimbang - Shahidan

Bernama
Bernama
29/06/2017
12:53 MYT
Rakyat mesti pilih parti mentadbir negara dengan seimbang - Shahidan
SHAHIDAN: Saya yakin rakyat mahukan kerajaan yang stabil. - Gambar fail / Astro AWANI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berharap rakyat terus memilih parti yang kukuh dan mampu mentadbir secara seimbang tanpa berat sebelah pada mana-mana pihak, pada pilihan raya ke-14 (PRU 14).
Katanya, rakyat harus sedar bahawa Malaysia memerlukan kerajaan yang menyokong perpaduan kaum selain mengutamakan bakti kepada rakyat untuk memimpin dan mentadbir negara.
Beliau berkata pilihan yang bijak oleh rakyat amat penting demi memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini terus terjamin sejak sekian lama selain dapat meneruskan agenda kemajuan untuk manfaat semua.
"Sambutan Aidilfitri pada tahun ini merupakan hari raya terakhir sebelum kita menghadapi PRU 14 di mana ia disambut dengan penuh harmoni dengan kemeriahan yang sederhana.
"Saya yakin rakyat mahukan kerajaan yang stabil. Bukan memilih kumpulan mereka yang suka menimbulkan pelbagai tuduhan serta menganggap orang lain tidak berguna, sedangkan mereka sendiri tidak menjalankan bakti untuk rakyat," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan 2020 di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata kerajaan perlu memastikan setiap kontraktor yang dipilih untuk sebarang projek pembangunan mestilah berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka sehingga selesai.
Beliau yang juga anggota Parlimen Arau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau yang akan beroperasi Julai ini.
"Projek MRSM ini merupakan projek yang tertangguh. Kalau kontraktor pandai melobi tetapi tidak berwibawa inilah masalahnya, projek akan tergendala begitu lama," katanya.
MRSM Arau bakal menempatkan kumpulan pertama seramai 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan tiga buat permulaan dan kemasukan penuh akan bermula Januari depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti
#pilihan raya umum
#PRU 14
#seimbang
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan