awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RASMI: BN kembali terajui Melaka, menang bergaya tawan 21 kerusi

Harits Asyraf Hasnan, Firdaus Azil
Harits Asyraf Hasnan, Firdaus Azil
20/11/2021
15:19 MYT
RASMI: BN kembali terajui Melaka, menang bergaya tawan 21 kerusi
Barisan Nasional berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan kedudukan selesa dua per tiga majoriti. - fotoBERNAMA
MELAKA TENGAH: Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan kedudukan selesa dua pertiga majoriti.
Keputusan rasmi menunjukkan BN, yang diwakili UMNO, MCA, dan MIC berjaya mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi.
Dengan jumlah kerusi yang dimenangi itu, mereka berjaya membentuk kerajaan negeri dengan kekuatan sendiri, sekali gus memberi tamparan kepada Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Di DUN Tanjung Bidara, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menumpaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin mewakili PN.
Rauf menang selepas memperoleh 3,559 undi mengatasi calon pencabar terdekat dari PN itu, yang memperoleh 3,195 undi, sementara PH, 489 undi.
Calon Ketua Menteri dari BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di DUN Lendu dengan majoriti 3,104 undi apabila menerima 4,486 undi.
Beliau menewaskan calon PN Abdullah Mahadi yang mendapat 1,382 undi, manakala calon PH Mohamad Asri Ibrahim meraih 1,155 undi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#PRN Melaka
#keputusan rasmi
#DUN Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan