awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[RASMI] PRN: Kerajaan di enam negeri kekal

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2023
15:50 MYT
[RASMI] PRN: Kerajaan di enam negeri kekal
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terus menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: [KEMAS KINI] Pentadbiran kerajaan di enam negeri yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kekal dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menguasai tiga negeri dan Perikatan Nasional (PN) (tiga).
Seperti dijangka banyak pihak, PH-BN terus menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, manakala PN pula mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Di SELANGOR, berdasarkan statistik rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 33 daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN (21).
Di PULAU PINANG pula, PH-BN menepati ramalan apabila berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi majoriti 29 daripada 40 kerusi DUN, manakala PN (11).
Dengan kejayaan itu, kerajaan negeri sebelum ini terus kekal mentadbir negeri berkenaan buat penggal keempat berturut-turut.
IKUTI LAPOR LANGSUNG PRN 6 NEGERI SECARA LANGSUNG DI SINI
LIHAT KEPUTUSAN PRN RASMI DAN TIDAK RASMI DI SINI
Di NEGERI SEMBILAN, PH-BN mengekalkan penguasaan selepas memperoleh kemenangan majoriti 31 daripada 36 kerusi, manakala PN (lima kerusi).
Bagi TERENGGANU, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, mengumumkan PN menang di kesemua 32 kerusi DUN serta Parlimen Kuala Terengganu.
Bagi KELANTAN pula, PN melalui Pas membentuk kerajaan negeri selepas menang 43 daripada 45 kerusi manakala PH-BN (dua kerusi).
Di KEDAH, PN berjaya memperoleh 33 kerusi DUN manakala PH hanya mendapat tiga kerusi.
Topic Berkaitan
#PRN
#keputusan PRN
#SPR
#kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan