awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Razali Ibrahim sedia dengar cadangan Azwan Ali

Hilal Azmi
Hilal Azmi
06/12/2017
02:04 MYT
Razali Ibrahim sedia dengar cadangan Azwan Ali
Razali (kiri) menyatakan kesediaannya untuk mendengar sejuta idea Azwan (kanan).
Berbicara mengenai hal politik memang sesuatu yang tidak berpenghujung. Tambahan pula apabila bercakap mengenai idea untuk seni yang mempunyai segala kemungkinan.
Semalam, pengacara terkenal Azwan Ali tampil dengan kenyataan yang bukan alang-kepalang.
Beliau mahu bertemu dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim kerana satu sebab.
Menurut Azwan, beliau ada sejuta idea kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk menawan Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Astro AWANI yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 yang sedang berlangsung, sempat mengutip respon Datuk Razali Ibrahim.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan kesediaannya untuk mendengar ‘sejuta idea’ Azwan, yang mesra dengan panggilan Diva AA itu.
Katanya, biarpun agak terkejut dengan keinginan Azwan yang dikongsi menerusi satu video yang tular pada Selasa, beliau tetap terbuka untuk bertemu dengannya.
“Kita akan cari masa untuk bertemu dan nilai semula cadangan yang dikemukakan,” katanya ketika ditemui Astro Awani selepas siaran langsung Agenda Awani Khas Perhimpunan Agung UMNO pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Azwan Ali
#cadangan
#PAU2017
#Perhimpunan Agung UMNO 2017
#Pusat Dagangan Dunia Putra
#PWTC
#Razali Ibrahim
#sejuta idea
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan