awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ribut' di Wangsa Maju: Kalau calon MCA, kami tak keluar mengundi!

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2018
09:43 MYT
'Ribut' di Wangsa Maju: Kalau calon MCA, kami tak keluar mengundi!
Setakat ini Razali Tumirin merupakan calon Pas bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju.
Sekumpulan belia yang mengundi di Wangsa Maju mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Shafei Abdullah bagi mewakili BN di Parlimen Wangsa Maju dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Wakil mereka, Mohd Abdul Malek mendakwa pihaknya tidak akan keluar mengundi sekiranya Dr Shafei tidak dicalonkan.
"Kalau wakil MCA dicalonkan, kami tidak akan mengundi dia. Kalau ahli UMNO lain selain Dr Shafei, kami akan lihat dulu. Jika dia bukan anak tempatan, kami tidak akan sokong," katanya mewakili gabungan beberapa kelab belia di Wangsa Maju.
Apabila ditanya kenapa sokongan diberikan kepada Dr Shafei yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, Mohd berkata ini kerana mereka yakin dengan kepimpinannya serta kemampuannya sebagai wakil rakyat.
"Kami buat ini bukan kerana dibayar. Kami buat kerana memang kami merasakan Dr Shafei layak," katanya dalam sidang media bersama lebih kurang 20 wakil belia tempatan.
Penentuan calon Wangsa Maju bagi BN mendapat tumpuan kerana kerusi tersebut merupakan kerusi tradisi MCA.
Namun, pada PRU yang lepas, Dr Shafei bertanding mewakili UMNO namun kalah kepada Datuk Dr Tan Kee Kwong dari PKR.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Malaysia Memilih
#Mohd Abdul Malek
#PRU14
#Shafei Abdullah
#UMNO
#Wangsa Maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan