awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rodziah pertimbang bertanding jawatan Ketua Wanita PKR

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2025
05:00 MYT
Rodziah pertimbang bertanding jawatan Ketua Wanita PKR
Menurut Rodziah, sejak hujung tahun lepas terlalu ramai ahli parti memintanya kembali menerajui kepimpinan sayap. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail sedang mempertimbangkan keperluan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) susulan melihat sayap itu lesu.

Ringkasan AI
  • Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang, sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR kerana melihat sayap itu lesu.
  • Ramai ahli parti telah memintanya kembali menerajui kepimpinan sayap sejak hujung tahun lepas, dan beliau melihat banyak ruang yang perlu diperbaiki.
  • Rodziah juga akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Shah Alam pada pemilihan parti kali ini, yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 20 April untuk peringkat bahagian dan 24 Mei untuk kepimpinan pusat.

Beliau berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan, namun sejak hujung tahun lepas terlalu ramai ahli parti memintanya kembali menerajui kepimpinan sayap.
"Saya sedang melihat keperluan yang ada dan memahami hasrat akar umbi yang mahu saya terajui (Wanita PKR).
“Jadi, saya faham dan saya dapati banyak ruang yang perlu diperbaiki. Saya amati ada sedikit kelesuan dan ia perlu diberi nafas baharu,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Sebelum ini, Rodziah dilaporkan kalah tipis kepada Fadhlina Sidek dengan perbezaan hanya 32 undi pada pemilihan 2022 lalu.
Menerusi pemilihan tersebut, Fadhlina memperoleh 18,923 undi berbanding Rodziah yang sekadar mendapat 18,891 undi.
Sementara itu, Rodziah turut memaklumkan, dirinya akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Shah Alam pada pemilihan parti kali ini.
PKR dijadual mengadakan pemilihan di peringkat bahagian bermula dari 11 hingga 20 April, manakala bagi kepimpinan pusat pula akan berlangsung pada 24 Mei depan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rodziah Ismail
#pemilihan PKR
#Ketua Wanita PKR
#Fadhlina Sidek
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan