awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Royalti petroleum: Kerajaan Kelantan 'panas-sejuk, panas-sejuk' - Ku Li

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
08/03/2018
10:08 MYT
Royalti petroleum: Kerajaan Kelantan 'panas-sejuk, panas-sejuk' - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan usaha yang dilakukan kerajaan negeri tidak serius ke arah mendapatkan hak tuntutan mereka. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Kelantan dilihat tidak bersungguh-sungguh menuntut royalti minyak dari Kerajaan Pusat selepas mendakwa mempunyai hak tuntutan ke atas kawasan Malaysia-Thailand Joint Development Authority (MTIDA) lebih 120 batu nautika dari perairan pantai Kelantan.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan usaha yang dilakukan kerajaan negeri tidak serius ke arah mendapatkan hak tuntutan mereka.
"Dia (Kerajaan Kelantan) berlengah-lengah, sepatutnya dia ambil tindakan lebih berkesan lebih drastik kerana ini kepentingan rakyat Kelantan, janganlah dia panas sejuk panas sejuk, dia kena bersungguh-sungguh kalau nak perjuang kepentingan rakyat Kelantan.
"Kalau dia fikir ada asas patutlah begitu janganlah panas sejuk panas sejuk biar dia serius, itu antara Kerajaan Pusat dan Negeri, mahkamah tu jadi perantaraan kalau dia nak fikir selesai cara mahkamah itulah caranya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan di sini petang tadi.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam yang berkata kerajaan Kelantan merupakan sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat yang mempunyai hak ke atas tuntutan yang dibuat ke atas lima peratus hasil pengeluaran petroleum di kawasan berkenaan.
BACA: Kelantan juga mahukan tuntutan royalti petroleum seperti Sarawak - MB
Selain itu Ahmad juga berkata kerajaan Pas Kelantan juga akan melihat kaedah yang digunakan Kerajaan Sarawak selepas berjaya memperolehi tuntutan royalti dan penurunan kuasa dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi mengemudi industri minyak dan gas di negeri berkenaan.
Kenyataan dibuat susulan pengembalian hak Sarawak termasuk penurunan kuasa kepada Kerajaan Negeri itu untuk mengemudi industri minyak dan gas selain membolehkan Sarawak menguruskan sendiri sumber semulajadinya terutamanya minyak dan gas, sejajar dengan persetujuan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk mengembalikan hak negeri ini yang selama ini terhakis tanpa sengaja.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#gas
#Gua Musang
#kerajaan
#mahkamah
#menteri
#Menteri Besar
#minyak
#Najib Razak
#Parlimen
#PAS
#Perdana Menteri
#rakyat
#Sarawak
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan