JOHOR BAHRU: Rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang disifatkan sebagai ujian bagi melihat bagaimana semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan dapat diterjemahkan, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini partinya masih belum menerima apa-apa isyarat atau makluman mengenai rundingan sama ada sesama parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), inter (antara) atau intra (dalam) parti.
"Saya rasa kita (rakyat) menunggu dan melihat senario baharu dalam politik, apa sekalipun, semangat Kerajaan Perpaduan harus diterjemahkan dalam apa jua bentuk.
"Bukan semua dapat semua (kerusi), ada yang mungkin tak dapat semua (kerusi), mungkin dapat sebahagian (kerusi), jadi bagaimana ia dapat diterjemahkan dalam konsep kebersamaan, jadi ini ujian untuk melihat setakat mana konsep Kerajaan Perpaduan dapat diterjemahkan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Wee berkata rundingan mengenai tuntutan, kehendak dan jangkaan kerusi adalah perlu, memandangkan Kerajaan Perpaduan adalah satu gugusan parti yang lebih besar yang memerlukan perbincangan yang rapi.
"Jadi saya rasa perbincangan antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya dimuktamadkan antara gugusan parti yang besar," kata Wee.
Katanya sebagai salah satu parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan pihaknya sedia berbincang dan berpendapat waktu sesuai untuk rundingan adalah selepas Aidilfitri.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam mengenai PH dan BN bersetuju semua kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), untuk dipertahankan pada PRN di enam negeri kelak.
Saifuddin dipetik sebagai berkata keputusan itu dicapai menerusi perbincangan pusingan pertama membabitkan pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
WEE: Saya rasa perbincangan antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya dimuktamadkan antara gugusan parti yang besar. - Foto fail/BERNAMA
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).