LUNDU (Sarawak): Inti pati Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik perlu dirangka di peringkat pusat dan negeri, agar penyaluran dana bagi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri adalah lebih telus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), telah diarahkan untuk memasukkan kewujudan pentadbiran yang mengawal selia sumbangan politik di setiap negeri, sebagai antara skop dan parameter dasar yang digariskan dalam rang undang-undang itu.
"GIACC telah merangka, tetapi apabila dibentang di peringkat Jemaah Menteri, mereka kata pihak negeri perlu juga diwujudkan pusatnya sendiri, kerana peringkat negeri berasingan dengan pusat. Saya dah ada garis masanya, jadi saya boleh meminta pegawai saya serta Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan perkara ini mengikut garis masa yang ditetapkan.
"Maknanya kita tak mahu lagi dana ini disimpan atau disorok di tempat tertentu, kerana dana yang disumbang kepada pihak tertentu (perlu) melalui satu tabung yang ditadbir pihak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Regatta Batang Kayan di Tebingan Sungai Lundu, hari ini.
Wan Junaidi yakin rang undang-undang itu akan mendapat sokongan kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang semasa ia dibentang di persidangan Dewan Rakyat November ini.
Dalam kenyataannya semalam, Wan Junaidi berkata sesi libat urus bersama wakil Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan diadakan pada 28 Sept ini di Parlimen, bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi Rang Undang-Undang Sumbangan Politik yang sedang digubal.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Santubong itu berkata kerajaan perlu menaik taraf kemudahan jalan raya berkembar di kawasan sempadan Sarawak-Indonesia susulan pembinaan ibu negara Indonesia baharu, Nusantara, yang terletak di Kalimantan Timur.
Katanya kemudahan jalan berkembar akan meningkatkan kemasukan pelancong dari negara jiran, sekali gus menyumbang kepada ekonomi warga tempatan.
"Perkara ini dibangkitkan dalam Mesyuarat Kabinet kerajaan pusat baru-baru ini yang menggesa agar kerajaan meningkatkan jalan dual carriageway pergi ke sempadan (Malaysia-Indonesia), seperti di Tebedu dan Biawak dalam tempoh dua ke tiga tahun akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Wan Junaidi yakin rang undang-undang itu akan mendapat sokongan kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang semasa ia dibentang di persidangan Dewan Rakyat November ini. - Gambar fail
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
RUU Sumbangan Politik dirangka di peringkat Pusat, negeri agar lebih telus
Inti pati Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik perlu dirangka di peringkat pusat dan negeri, agar penyaluran dana bagi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri adalah lebih telus.
RUU Sumbangan Politik larang terima dana daripada pihak berkaitan kerajaan
Turut dimasukkan ialah larangan menerima sumbangan daripada GLC dan syarikat yang menerima lesen atau geran daripada kerajaan.
Cadangan RUU Sumbangan Politik dibentang kepada Jemaah Menteri September ini
Satu Memorandum Jemaah Menteri dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada September bagi membolehkan RUU Sumbangan Politik dibentangkan di sidang Parlimen pada Oktober 2022.
KRPPM sedia bekerjasama, pastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik sedia mengadakan pertemuan dan menjalin kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen
Skop dasar RUU Sumbangan Politik akan dibentang pada mesyuarat Kabinet - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Rang Undang-undang Sumbangan Politik secara dasarnya telah dipersetujui untuk dilaksanakan.