awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: Berat hati saya bubarkan DUN, tetapi saya terpaksa - Shafie Apdal

Ridzal Abdullah, Petrus Bernard
Ridzal Abdullah, Petrus Bernard
08/08/2020
04:14 MYT
Sabah Memilih: Berat hati saya bubarkan DUN, tetapi saya terpaksa - Shafie Apdal
Mohd Shafie menjelaskan beliau terpaksa membubarkan DUN Sabah demi kepentingan rakyat.
“Berat hati saya untuk membubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri) Sabah, tetapi apakan daya demi rakyat dan saya harap rakyat akan buat pilihan yang tepat nanti,”.
Demikian penjelasan Ketua Menteri Sabah sementara (caretaker), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merujuk kepada tindakannya membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu.
Bagi Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, tindakan tersebut adalah jalan terbaik bagi menangani kemelut politik negeri itu selepas terdapat usaha menjatuhkan kerajaan yang ditadbirnya bersama UPKO, DAP dan PKR.
"Kerajaan Warisan ibarat kanak-kanak baru berusia dua tahun, tapi telah memberikan perkhidmatan yang sangat cemerlang untuk rakyat, tetapi tidak tenang asyik diganggu keluar masuk mahkamah," katanya.
Mohd Shafie berkata demikian di Dewan Masyarakat Tawau semasa berucap dalam majlis penyerahan lot penempatan mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Otentik dan penyerahan geran tanah di Daerah Tawau dan Daerah Kalabakan pada Sabtu.
Hadir sama Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew, Ahli Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman dan Penasihat DAP Sabah , Datuk Jimmy Wong.
Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie menjelaskan pihaknya telah menyerahkan geran tanah yang dianggarkan ribuan ekar kepada rakyat negeri itu.
Topic Berkaitan
#bubar DUN Sabah
#DUN Sabah
#kemelut politik
#Mohd Shafie Apdal
#Pilihan Raya Negeri Sabah
#PRN Sabah
#rakyat
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan