awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: Parti Cinta Sabah sedia bertanding pada PRN Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
07/08/2020
06:49 MYT
Sabah Memilih: Parti Cinta Sabah sedia bertanding pada PRN Sabah
Wilfred Bumburing berkata, senarai calon sudah diterima tetapi belum dimuktamadkan sepenuhnya.
Parti Cinta Sabah (PCS) bersedia untuk bertanding dalam jumlah yang boleh membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Wilfred Bumburing dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, senarai calon sudah diterima tetapi belum dimuktamadkan sepenuhnya.
Beliau berkata, calon bertanding dan jumlah kerusi itu akan diumumkan sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman berhubung tarikh PRN Sabah.
"Parti ini dilihat menerima sambutan yang baik daripada orang ramai sehingga kehabisan borang dan kami juga terpaksa membuat banyak salinan," katanya.
Untuk rekod, PCS merupakan sebuah parti tempatan yang diketuai oleh bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, sebuah lagi parti tempatan yang merupakan bekas sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), Parti Liberal Demokratik (LDP) telah menyuarakan hasrat untuk bertanding 40 kerusi dalam PRN Sabah.
Memetik laporan akhbar tempatan, Borneo Post, baru-baru ini, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat dijangka membuat penampilan semula dan mengemudi parti itu untuk berentap pada PRN kali ini.
Topic Berkaitan
#Bubar Sabah
#Datuk Seri Wilfred Bumburing
#Parti Cinta Sabah
#Pilihan Raya Negeri Sabah
#PRN Sabah
#Sabah
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan