LABUAN: Bekas Naib Ketua UMNO Labuan Saifful Pungot dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang baharu bagi penggal 2023-2026.
Keputusan itu disahkan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Mohd Dzulfaizal Ab Manan.
Saifful, 38, memperoleh kemenangan selesa menentang lawannya Mohd Syukur Jiprih (Ketua Cawangan UMNO Ramsey) bertanding bagi jawatan itu pada pemilihan parti yang diadakan pada Sabtu (11 Mac) di Bilik Rafflesia, Kompleks Financial Park.
Normiyati Jumat memenangi Ketua Puteri UMNO Labuan tanpa bertanding manakala Nurul Syakinah Sairna sebagai Naib Ketua.
Niswati Tarji mengekalkan jawatan Ketua Wanita tanpa bertanding.
Ketua UMNO Labuan yang baharu dilantik, Datuk Raffi Alli Hassan menggesa pemimpin bahagian yang baharu agar bekerjasama untuk memartabatkan parti itu.
"Kita mesti terus bersatu kerana UMNO akan terus relevan untuk orang Melayu... Pemuda dan Puteri UMNO harus saling bekerjasama dengan pemimpin yang baharu dipilih bagi meningkatkan persepsi rakyat dan mengembalikan keyakinan terhadap parti," katanya kepada Bernama hari ini.
Pemilihan UMNO diadakan dari 1 Feb hingga 18 Mac dengan pemilihan peringkat cawangan diadakan pada 1 hingga 26 Feb diikuti pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat nasional pada 11 Mac.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan jawatankuasa UMNO bahagian bersama pemilihan ahli majlis kerja tertinggi UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Saifful (dua, kanan) bersama Mohd Rafi (dua, kiri), Bashir (kanan sekali) dan Musa Basman pada sesi pemilihan Ketua Pemuda UMNO di Bilik Refflesia Ujana Kewangan pada Sabtu. -Twitter @bernamadotcom

Negeri Sembilan perlu perluas sektor pertanian, penternakan moden untuk rancakkan ekonomi - Rafizi
Kerajaan Negeri Sembilan digesa memperluaskan sektor pertanian dan penternakan modennya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPT pelawa pemain industri kerjasama dengan IPT rangka program TVET terbaik
KPT menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan IPT, untuk merangka program TVET yang terbaik pada masa akan datang.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.

Agong, Putera Albert II berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan F1
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad.

Yahya Jaafar Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, ketepikan Mohd Hairi
Datuk Yahya Jaafar dinamakan sebagai Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru sekali gus mengetepikan Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah dalam pemilihan UMNO bahagian itu yang berlangsung hari ini.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.