KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan beberapa pelantikan baharu jawatan-jawatan dalam gabungan tersebut.

Menerusi satu kenyataan pada Ahad, Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya hari ini bersetuju melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung Pakatan Harapan.

Selain itu, lima lagi pelantikan turut diumumkan seperti berikut:

● Ketua Pemuda Pakatan Harapan: Howard Lee Chuan How

● Ketua Wanita Pakatan Harapan: Senator Aiman Athirah

● Pengarah Strategi Pakatan Harapan: Datuk Seri Salahuddin Ayub

● Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen Pakatan Harapan: Anthony Loke Siew Fook

● Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Jelas kenyataan itu lagi, pelantikan jawatan-jawatan itu bagi mengukuhkan lagi PH menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) nanti. 

"Majlis Presiden mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua yang telah dilantik.

"Semoga pelantikan ini akan mengukuhkan lagi gerak kerja Pakatan Harapan di Parlimen, di lapangan, serta menuju Pilihan Raya Umum ke-15," jelas kenyataan itu.