awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya belum terima surat pemecatan - Zakaria

Bernama
Bernama
28/11/2019
22:09 MYT
Saya belum terima surat pemecatan - Zakaria
Zakaria sedia bekerjasama dengan Lembaga Disiplin bagi memberi penjelasan berkaitan tuduhan terhadapnya demi menegakkan keadilan. - Gambar fail
Zakaria Abdul Hamid, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang dipecat daripada parti berkata beliau belum menerima surat pemecatan daripada PKR pusat.
Beliau yang baru kembali dari luar negara berkata beliau hanya mendapat berita mengenai pemecatannya pada Ahad lepas melalui media.
Zakaria yang berada di Taiwan sejak 24 Nov, ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim pada 24 Nov, mengumumkan pemecatan Zakaria, yang juga Ketua Cabang PKR Bera dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), serta ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi, dipercayai terbabit dengan kes rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lepas.
Zakaria berkata beliau sedia bekerjasama dengan Lembaga Disiplin bagi memberi penjelasan berkaitan tuduhan terhadapnya demi menegakkan keadilan.
BACA: Dua ahli PKR Pahang dipecat, dipercayai terlibat rasuah
BACA: Zuraida kecam PKR pecat ahli secara 'pilih bulu'
BACA: Anwar pertahan tindakan PKR pecat dua ahli, namun ruang rayuan perlu ada
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Kassim
#Ismail Dulhadi
#Lembaga Disiplin PKR
#pecat
#PKR
#PKR Pahang
#Rasuah
#surat pemecatan
#Taiwan
#Zakaria Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan