awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya fobia dipanggil katak'

Sinar Harian
Sinar Harian
27/05/2022
01:30 MYT
'Saya fobia dipanggil katak'
Masiung ketika ditemui pemberita selepas hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Rakan Media di Kota Kinabalu pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah belum menentukan lagi hala tuju untuk menyertai mana-mana parti politik di negeri ini.
Beliau yang juga ADUN Bebas berkata, dia kini sedang mengambil pendekatan untuk melihat situasi politik semasa, namun dalam masa sama menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Setakat ini biar saya bertenang dulu. Saya mengambil pendekatan untuk 'cermin-cermin' dulu, 'teropong-teropong' dulu keadaan politik ini.
"Tetapi untuk kerajaan negeri kita sokong kerajaan GRS dan kita sokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Rakan Media, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya hala tujunya yang ketika ini masih menyandang status ADUN Bebas sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
Diminta mengulas mengenai pelawaan daripada parti lain, beliau mengakui ada banyak parti yang menawarkan beliau dengan pelbagai imbuhan.
"Pelawaan itu memang ramai. Banyak daripada pelbagai parti ada, ada yang menyediakan jawatan-jawatan dalam parti, ada juga yang tawarkan Timbalan Presiden, ada juga Naib Presiden.
"Banyak tawaran tetapi itu yang saya katakan, berikan saya sedikit masa lagi untuk kita membaca politik yang sebenarnya.
"Sebab saya seperti fobia sudah kena panggil 'katak'. Nanti masuk sana, keluar nanti percaturan politik lagi, keluar lagi, (dipanggil) katak lagi," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menyifatkan bahawa politik sebagai dinamik.
"Dalam politik tidak ada yang statik, tidak ada musuh selama-lamanya dan tidak ada kawan selama-lamanya.
"Ia dinamik sesuai dengan peredaran masa dan sesuai dengan suasana politik semasa," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#masiung banah
#adun kuamut
#Gabungan Rakyat Sabah
#fobia dipanggil katak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan