CHANGLUN: Tidak sampai 48 jam memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Menurut beliau yang menang jawatan berkenaan tanpa bertanding pada Pemilihan UMNO Penggal 2023-2026 Sabtu lalu, tindakan berkenaan diambil susulan dirinya dinafikan hak atas jawatan terbabit bagi membuat beberapa keputusan penting ketika pemilihan dan mesyuarat peringkat bahagian berlangsung.
Dakwanya lagi, usahanya untuk membanteras penipuan ketika proses pengundian juga telah dinafikan dengan beberapa cadangan seperti penggunaan pen merah dan pengenalan calon yang bertanding juga tidak dilaksanakan.
Selain itu, Zulkifli turut menyatakan bahawa usahanya untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di bilik pengiraan undi dengan menggunakan duit poket sendiri juga ditolak mentah-mentah.
Tambahnya, sikap yang diambil Setiausaha Bahagian juga dikatakan telah merendah-rendahkan kedudukan beliau memandangkan dirinya dianggap sebagai 'orang baharu' di dalam organinasi UMNO Kubang Pasu.
"Saya (juga) pada hari pengundian (telah) meminta kertas undi lebihan daripada (keseluruhan) kehadiran (perwakilan untuk disimpan), sebagai contoh UMNO Kubang Pasu perwakilan ada 684 orang, kehadiran 578 orang, jadi (kertas undi bagi) yang tidak hadir saya minta kertas itu diberikan kepada saya agar tidak disalah guna.
"(Permintaan itupun) dinafikan juga, jadi hak saya dimana sebagai Pengerusi Tetap, saya (hanya) jadi puppet (atau boneka kepada Setiausaha UMNO Kubang Pasu)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media khas yang diadakan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Napoh, di sini pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Zulkifli memaklumkan bahawa keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tetap adalah sebagai satu tindakan yang mengutamakan integriti agar dirinya tidak terpalit serta dianggap bersubahat dengan gerakan tertentu yang bertindak untuk menipu perwakilan.
"Saya bukan apa, saya cuba lakukan yang terbaik, ini dalam usaha kita hendak memilih pemimpin UMNO di Kubang Pasu ini, biarlah kita jujur kepada perwakilan, sebab kita akan hadapi PRN, kalau dari segi kita atur pemilihan (pun sudah) ada penipuan dan diatur oleh kuasa eksekutif, jadi sampai bila UMNO akan build up reputation (parti)," katanya lagi.
Tambahnya, pemakluman mengenai perletakan jawatan berkenaan telah dihantar kepada Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Aminuddin Omar petang semalam melalui aplikasi WhatsApp.
Manakala surat rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada UMNO Bahagian Kubang Pasu, Badan Perhubungan UMNO Kedah, dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) dalam masa terdekat.
Abd Hadi Che Awang
Mon Mar 20 2023
Zulkifli ditemui ketika sidang media khas yang diadakan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Napoh, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
Concorde Hotel KL tidak dijual - Sallehuddin
Concorde Hotel KL kekal fokus untuk meningkatkan perkhidmatan dan tawaran untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Situasi kian pulih, penduduk masih ambil langkah berjaga-jaga
Para penduduk di sekitar Kampung Maju Jaya dekat Kempas di Johor boleh menarik nafas lega apabila pencemaran bau di kawasan mereka sejak beberapa hari lalu, kian pulih.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.