awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya kekal ADUN Bebas yang sokong kerajaan" - Hasnul Zulkarnain

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/03/2021
05:53 MYT
"Saya kekal ADUN Bebas yang sokong kerajaan" -  Hasnul Zulkarnain
Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menegaskan, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah memecatnya. - Gambar fail
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan.
Dalam masa sama, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah memecatnya.
Hasnul Zulkarnain mengulangi kenyataannya bahawa hanya mengetahui mengenai pemecatan itu melalui laporan media.
“Saya hanya tahu melalui media, saya terima dan tidak akan merayu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Bersatu pecat Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain
Pada Selasa, Astro AWANI melaporkan, Bersatu telah mengambil keputusan untuk memecat Hasnul Zulkarnain, difahamkan berpunca daripada tindakannya yang menyokong Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.
Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, tindakan itu diambil berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam laporan media sebelum ini.
Topic Berkaitan
#ADUN Bebas
#Adun Titi Serong
#Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
#wakil rakyat Bebas
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan