awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya manusia paling bertuah di Perak" - Faizal Azumu

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/03/2020
10:46 MYT
"Saya manusia paling bertuah di Perak" - Faizal Azumu
Faizal Azumu sifatkan beliau sebagai manusia yang paling bertuah di Perak kerana peralihan daripada pentadbiran sebagai Menteri Besar ke-12 dan ke-13 berjalan dengan begitu baik. - Gambar BERNAMA
Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan rasa syukur selepas beliau sekali lagi dilantik menjawat jawatan itu dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Menurut beliau, proses peralihan berjalan dengan lancar selain pemimpin komponen PN menunjukkan sifat berlapang dada ekoran keputusan yang dibuat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
“Saya lihat, saya antara manusia paling bertuah di muka bumi Perak kerana peralihan daripada pentadbiran sebagai Menteri Besar ke-12 dan ke-13 berjalan dengan begitu baik.
“Saya lihat, rakan-rakan yang bersama dengan saya dahulu (Pakatan Harapan), telah terima peralihan ini dengan baik.
“Saya amat bersyukur kerana melihat rakan-rakan baharu PN, dalam pentadbiran sekarang ini lebih berlapang dada dan menerima perkara ini dengan tidak tergopoh-gapah.
“Tentunya kita akan berusaha untuk pastikan apa juga yang kita laklukan adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan mana-mana parti, kumpulan ataupun puak,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-13 di hadapan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, di sini.
Ahmad Faizal menegaskan, fokusnya ketika ini adalah untuk pentadbirannya menolak politik kepartian dan membangunkan Perak secara bersama.
“Alhamdulillah... buat masa sekarang ini, saya lihat peralihan ini berjalan dengan baik.
“Saya sebagai Menteri Besar mengharapkan sokongan, dokongan dan kerjasama daripada semua pihak PN termasuk PH yang kini berada di kerusi pembangkang, untuk kita kerjasama memajukan negeri kita ini secara bersama tanpa kita terlalu mementingkan politik kepartian.
“Setakat ini cukup baik (kerjasama),” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Faizal Azumu
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#Perak
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan