awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya masih bersama UMNO," kata Muhyiddin

Israr Khalid
Israr Khalid
01/03/2016
11:50 MYT
"Saya masih bersama UMNO," kata Muhyiddin
Muhyiddin akan memberikan kenyataan dalam masa dua hari. - Gambar fail
Setelah digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata bahawa dirinya masih ahli UMNO.
"Buat masa ini, saya masih ahli UMNO," ujar beliau pendek.
Ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas beliau baru pulang dari Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam, ahli politik berusia 68 tahun itu member jaminan bahawa kesetiaannya kekal bersama parti politik tertua negara itu.
Muhyiddin berkata, beliau akan memberikan kenyataan berhubung penggantungan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam sebuah mesyuarat di ibu pejabat parti Jumaat lalu.
"Buat masa ini, saya masih ahli UMNO" - Tan Sri Muhyiddin Yassin. @501Awani
— israrkhalid (@ciakhalid) March 1, 2016
GKCM (Gabungan Ketua Cawangan Malaysia) bersedia sambut ketibaan TS Muhyiddin Yassin di KLIA. @501Awani pic.twitter.com/60Y1TccQnR
— israrkhalid (@ciakhalid) March 1, 2016
"Sementara itu saya masih berada di dalam UMNO dan saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang memberi sokongan kepada saya," katanya.
Ia sebagai menjawab kemungkinan Muhyiddin mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan pengundurannya daripada menjadi ahli UMNO pada Isnin selepas terlalu kecewa dan malu dengan pentadbiran presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketibaan Muhyiddin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.30 tadi disambut kira-kira 100 orang penyokongnya daripada Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).
Mereka melaungkan 'Hidup Tan Sri' dan mempamer kain rentang yang tertera slogan 'Terbilang Tetapi Terbuang, Agi Idup Agi Ngelaban' dan 'Kami Sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.'
Pada Jumaat, UMNO sepakat menggantung Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden atas sebab tindakan beliau yang didapati melanggar beberapa perlembagaan parti dan dianggap melampau.
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#Muhyiddin Yassin
#penggantungan tugas
#Timbalan Presiden UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan