IPOH:Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Perak di bawah kerajaan sementara atau ‘caretaker’ sehingga lantikan baharu dibuat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini sebentar tadi.
“Saya telah berkesempatan untuk menghadap Sultan Perak. Dalam waktu saya menghadap tadi, saya telah sembah maklum berkenaan apa yang berlaku di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi yang mana saya telah sembah maklum bahawa saya telah kehilangan majoriti.
“Tentunya Tuanku Sultan perlu membuat beberapa pertemuan... sehinga Tuanku membuat keputusan untuk memilih seorang dari kalangan ahli Dewan yang mempunyai majoriti yang secukupnya untuk menubuhkan kerajaan.
“Jadi untuk sementara itu, saya akan menjadi (Menteri Besar) bagi ‘caretaker government’,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta.
LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Siapa MB baharu?
Beliau dalam masa sama berharap supaya pelantikan penggantinya dapat dilakukan dalam kadar segera selain menggesa rakyat di negeri ini untuk terus bersabar dan bertenang.
Ahmad Faizal sebelum itu memasuki Istana Kinta di sini sekitar jam 5.15 petang tadi.
Beliau yang menaiki kenderaan rasmi dilihat sempat melambai ke arah media sebelum memasuki pintu masuk istana tersebut.
Dilihat bersama beliau dalam kenderaan itu adalah Pegawai Khas Kanan beliau, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Dec 04 2020

Ahmad Faizal Azumu menjawab soalan wartawan sejurus selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI

Banjir Sabah: Hanya dua PPS di Kota Belud dan Beaufort masih dibuka
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort, hari ini.

PdPR: Saya cuba adaptasi walaupun mulanya rasa janggal dan kelakar - Sir Uzairi
Sir Uzairi mengatasi cabaran PdPR dengan mengadaptasi norma baharu dan membuang rasa takut untuk mencuba sesuatu yang berbeza.

Tular | Pengurus Caltex Bachang bantu lelaki tidur stesen bas
Ketika ramai yang kehilangan pekerjaan dan bergelut memenuhi keperluan harian - mungkin untuk menghidang sepinggan nasi, kisah ini boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua.

PKP 2.0 | Bekalan darah negara berkurangan
Secara purata pusat darah negara dan tabung-tabung darah di seluruh negara memerlukan sekitar 2000 beg darah sehari. Namun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, berlaku kesukaran untuk aktiviti kutipan darah. Untuk perincian lanjut, kita bersamarakan setugas, Hasimi Muhamad.

Masalah LRA | Masalah bekalan air bersih di Sabah
Kita bersama Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, Pakar Kejuruteraan Kimia dan Kelestarian, UMS.

PdPR | Guna Youtube, tingkat minat pelajar belajar Bahasa Inggeris
Guru bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, Emily Syafirah Zamrod mengambil pendekatan berbeza mengadakan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) dengan mewujudkan saluran Youtube. Ia bagi memastikan keseluruhan pelajarnya kekal di hadapan komputer atau gajet masing-masing sehingga tamat sesi pengajaran yang dilaksanakan beliau.

Masalah Air Sabah | Tinjauan di Loji Penapis Air Cinta Mata Tawau
Susulan pendedahan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang menyatakan 22 daripada 84 loji penapis air di negeri Sabah bermasalah. Kami menghantar wartawan ke salah satu lokasi di Tawau untuk meninjau keadaan di Loji Cnta Mata yang dikatakan bermasalah. Untuk butiran lanjut kita bersama wakil Astro AWANI Sabah, Petrus Bernard.

Tidur di stesen bas berbekal RM1, pemuda ini akhirnya diselamatkan pengurus stesen minyak
Ketulusan hati dan sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh Lee atau lebih dikenali sebagai Les, nyata menyentuh hati ramai warganet.

Elakkan marah dengan emosi, dalam keadaan tidak tenteram jauhkan diri daripada anak
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.

Murray kecewa tidak dapat sertai Terbuka Australia selepas positif COVID-19
Pemain yang kini berada di ranking ke-123 dunia itu berharap dapat bersaing dalam kejohanan grand slam pembuka musim berkenaan pada 8 Februari depan.

Annuar Zaini nafi keluar kenyataan tiada ADUN Pas sebagai Exco Perak
Kenyataan itu yang tular menerusi media sosial hari ini adalah palsu dan bertujuan memfitnahnya.

Dua ADUN Pas antara lima angkat sumpah Exco Perak
Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, termasuk dua daripada Pas, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Lima lagi Exco Perak angkat sumpah petang ini - Annuar Zaini
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini pada Selasa.

Politik Perak: Hadi Awang selesai menghadap Sultan Perak
Ahli Parlimen Marang itu dilihat keluar dari pekarangan istana kira-kira jam 11.39 pagi.

Hadi dijadual menghadap Sultan Perak esok
Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memaklumkan tentang tarikh untuk Abdul Hadi menghadap Sultan Perak.

Hamzah tak perlu cari bukti, Hasnul akui tanda tangan SD sokong Saarani
SD itu ditandatangani beliau pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Disember lalu.

Nasihat Sultan Nazrin tidak terbatas di Perak malah untuk Persekutuan juga - Anwar
Reformasi institusi harus segera digerakkan bagi memungkinkan sebuah tatakelola yang baik, bertanggungjawab dan tidak mengkhianati amanah serta mengabai kepentingan rakyat.

Permohonan Pas menghadap sembah Sultan Perak diterima - Abdul Hadi
Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan bila sembah menghadap itu akan dilakukan.

Saarani nafi tawar jawatan Exco kepada PH
Datuk Saarani Mohamad, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan itu jika wujud persefahaman untuk membentuk kerajaan bersama parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH).

Politik Perak: Lantikan Exco kerajaan negeri hak Sultan - Saarani
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, beliau hanya boleh mencadangkan nama Exco mengikut kesesuaian, tetapi hak untuk memperkenannya terletak pada kuasa mutlak Sultan.