KOTA BHARU: "Saya rancang nak jumpa Perdana Menteri sebelum Ramadan lagi," demikian tegas bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika diminta mengulas mengenai pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Jumaat.
Nik Mohamad Abduh atau Nik Abduh berkata, pertemuan itu hanyalah perjumpaan biasa yang tidak mempunyai hubung kait dengan politik.
"Masa jadi ahli Parlimen saya selalu jumpa dengan beliau (Anwar). Jadi bila beliau dah jadi Perdana Menteri saya tidak lagi berjumpa denganya.
"Jadi saya minta melalui kenalan untuk jumpa. Lama dah minta, belum puasa lagi...cuma tidak dapat kerana beliau sibuk," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Asar di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka di sini pada Sabtu.
Menurut beliau, pertemuan itu menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri hadir ke Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini.
Ujarnya, beliau diberi masa untuk bertemu dengan Anwar selepas selesai menunaikan solat Maghrib.
Nik Abduh memberitahu, beliau bertuah dapat bertemu dengan Anwar selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
"Pada pertemuan itu, saya ucap tahniah kepada beliau dan mendoakan semoga Datuk Seri dapat jalankan tugas dengan baik sebagai Perdana Menteri.
"Saya turut membawa amanah daripada orang untuk disampaikan kepada Perdana Menteri. Soal politik tiada," katanya.
Menurut Nik Abduh pertemuan dengan abangnya, Nik Omar semasa berjumpa dengan Perdana Menteri adalah secara kebetulan.
"Abang saya datang dari Kuala Lumpur dan kami bertemu di situ. Dia (Nik Omar) datang nak jumpa Perdana Menteri.
"Saya sudah jangka gambar pertemuan itu akan tular kerana ramai yang mengambilnya (merakam). Jadi saya tidak berminat dengan viral sebab itu enggan memberikan sebarang komen," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 13 2023

Nik Abduh memberitahu, beliau bertuah dapat bertemu dengan Anwar selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. - Gambar/ Sinar Harian

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Pelancong China diyakini meningkat pada 2024 menerusi pengecualian visa 30 hari
Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan.

Pelbagai pihak disaran tampil bantu majukan bola sepak wanita - PFAM
Semua pihak termasuk badan korporat perlu memainkan peranan bagi meningkatkan nilai komersial pada sukan bola sepak wanita sekali gus membantu memajukan bola sepak tanah air.

KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.

Organisasi berita, pengawal selia harus bekerjasama perangi 'scammer'
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai menggesa organisasi berita supaya bekerjasama dengan pengawal selia untuk memerangi kes penipuan atau 'scammer' yang semakin berleluasa.

Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang
Selisih faham, masalah kewangan dan anak selain cemburu merupakan antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di Pahang.

Melaka pertingkat prasarana, logistik sempena tiga acara besar pelancongan
Sebagai langkah awal, laluan kontra akan dilaksanakan di Melaka sebagai inisiatif penyuraian trafik bermula 15 Dis ini.

KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.

PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon
Timbalan Menteri Besar Kelantan sifatkan dakwaan adik Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Din sebagai fitnah.

'Saya rancang nak jumpa PM sebelum Ramadan' - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh atau Nik Abduh berkata, pertemuan itu hanyalah perjumpaan biasa yang tidak mempunyai hubung kait dengan politik.

Dana RM90 juta: 'Tak lari gunung dikejar, Idris Ahmad harap bersabar' - Husam
Naib Presiden Amanah, Senator Datuk Husam Musa berharap pihak yang menuduh beliau tidak berani ke SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang dimasukkan ke dalam akaun Pas supaya bersabar.

Dana RM90 juta: Nik Abduh hadir di pejabat SPRM Kelantan
Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz tampil memberikan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pada Jumaat.

Amanah sangkal dakwaan Presiden Pas
Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Abdul Hadi sebagai rekaan untuk mengelirukan rakyat bagi melindungi agenda sebenar mereka iaitu cubaan menghalau jebon-jebon dalam Pas.

Lebih 5,000 peserta sertai Himpunan Bantah TPPA
Rata-rata peserta berpakaian hijau sambil berarak membawa sepanduk masing-masing bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap perjanjian tersebut.

PAS dan pilihan raya PBT
Pandangan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkenaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.