awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tak akan belot, BN tetap di hati" - Calon BN

Isabelle Leong
Isabelle Leong
17/01/2019
09:24 MYT
"Saya tak akan belot, BN tetap di hati" - Calon BN
Ramli (kiri) yang juga seorang bekas pegawai kanan polis turut melahirkan kesetiaannya terhadap BN. - Foto Bernama
Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands berkata beliau tidak akan melompat parti sekiranya beliau menang pada PRK tersebut nanti.
Ramli yang juga seorang bekas pegawai kanan polis turut melahirkan kesetiaannya terhadap BN.
“BN di hatiku. Saya tidak akan belot. Senang sahaja, saya akan ulang dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
“BN di hatiku. BN is in my heart. Saya tidak akan belot. Saya akan setia pada parti,” kata Ramli ketika ditemui di majlis makan tengah hari bersama-sama masyarakat di Kampung Raja.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi keyakinan bahawa Ramli tidak akan melompat parti sekiranya menang pada PRK yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini.
“Saya nasihat, jangan dengar khabar angin. Tetapi kita ada cara kita supaya dia tidak melompat. Ada caranya.
“Kita belajar daripada pengalaman. Saya, sebagai pengerusi BN Pahang, boleh memberi jaminan bahawa jika Ramli menang, dia tidak akan lompat,” kata Wan Rosdy kepada wakil media ketika ditemui di pejabat UMNO di Tanah Rata pada Khamis.
Ditanya sama ada Ramli akan diminta menandatangani sebarang perjanjian untuk tidak melompat parti, Wan Rosdy berkata mereka (parti BN) ada cara mereka tersendiri.
Sebelum ini satu laporan yang memetik sumber yang memegang jawatan tertinggi dalam parti komponen BN menyatakan kebimbangannya berkaitan kemungkinan Ramli menjadi anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) atau Bebas selepas memperoleh kemenangan di PRK tersebut nanti.
Sumber tersebut juga mendakwa bahawa PH sudah membuat percubaan untuk “melamar” Ramli.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Cameron Highlands
#lompat parti
#Pahang
#Pakatan Harapan
#pilihan raya kecil
#PRK
#Ramli Mohd Nor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan