awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak dengar apa-apa berita' - Annuar jawab dakwaan dipecat UMNO

Sinar Harian
Sinar Harian
09/12/2022
04:22 MYT
'Saya tidak dengar apa-apa berita' - Annuar jawab dakwaan dipecat UMNO
ANNUAR: Saya tidak dengar apa-apa berita lagi. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: "Saya tidak dengar apa-apa berita lagi," kata Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, pada Jumaat.
Annuar enggan mengulas lanjut mengenai persoalan beliau dipecat keahlian ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pada Khamis.
Annuar pada Khamis dipercayai antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat dalam mesyuarat MKT UMNO dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.
Sumber memaklumkan, dua lagi ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.
Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik pemimpin parti sehingga beliau digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung BN pada Januari 2021. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Zahid Hamidi
#Ketua UMNO Bahagian Ketereh
#Shamsiah Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan