awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak gila jawatan PPBM' - Khairuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
28/10/2016
13:02 MYT
'Saya tidak gila jawatan PPBM' - Khairuddin
Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak dinasihat tidak mencampuri urusan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (gambar) yang keluar dari PPBM. - Gambar fail
Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak dinasihat tidak mencampuri urusan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu menegaskan, tujuannya keluar PPBM adalah untuk menyelesaikan semua kes-kes penting yang bakal ditempuhinya di mahkamah.
"Tolong jangan masuk campur urusan dan pendirian saya. Baca kenyataan akhbar saya betul-betul, jangan pandai-pandai bercakap mengenai permasalahan dalam PPBM.
"Saya tidak pernah minat untuk pegang sebarang jawatan penting dalam parti. Kalau saya hendak jawatan politik atau korporat, sudah lama saya minta daripada Tun Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri lagi," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairuddin mengulas kenyataan Ibdilillah yang menyifatkan keputusannya untuk keluar dari PPBM sebagai tidak mengejutkan.
Tegas Ibdilillah, keputusan itu sekali gus mengesahkan khabar angin yang mengatakan Khairuddin akan keluar PPBM kerana masalah dalaman parti itu sendiri.
Dalam pada itu jelas Khairuddin, Ibdilillah tidak boleh menyamakan perjuangan PPBM sama seperti lain yang berlandaskan agama selain selari dengan fardu kifayah.
"Buat kerja kamu baik-baik dan tolong jangan campuri urusan yang dia sendiri tidak tahu serta tidak pernah terlibat," ujarnya.
Sebuah portal melaporkan, Pengerusi PPBM, Dr Mahathir berkata tidak dimaklumkan mengenai berita Khairuddin yang keluar parti itu berkuat kuasa serta merta pada malam Khamis.
Sementara sebuah portal lagi melaporkan kenyataan Ketua sayap Wanita PPBM, Anina Saadudin yang menyifatkan Khairuddin akan tetap menyokong perjuangan PPBM meskipun mengambil keputusan mengejut keluar parti.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
#Ibdilillah Ishak
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
#Tun Mahathir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan