KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan beliau menolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu melepaskan jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat.
Nazri menjelaskan, beliau memutuskan untuk kekal sebagai ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau juga menyanggah dakwaan seorang penulis blog, Hussein Hamid yang memberi gambaran seolah-olah pihak Kementerian Luar tidak menyokong pelantikannya.
"Penulis blog ini bodoh. Dia tidak tahu apa-apa. Wisma Putra yang menghantar nama saya kepada kerajaan Switzerland, macam mana pula dia kata tidak sokong pelantikan saya?
"Yang buatkan saya tolak disebabkan saya perlu lepaskan jawatan Ahli Parlimen jika mahu jadi duta ke Switzerland. Itu syarat yang diberikan, tidak boleh mana-mana ahli Parlimen yang masih berkhidmat.
"Kalau saya mahu jadi duta, saya kena letak jawatan ahli Parlimen. Mana boleh ketika ini Perdana Menteri dan kerajaan perlukan sokongan. Saya tak mahu jadi individu yang hanya nak lepaskan diri sendiri tetapi biarkan kerajaan dan Perdana Menteri terumbang-ambing," katanya kepada Astro AWANI.
Nazri juga menafikan dakwaan penulis blog tersebut bahawa pencalonan beliau ditolak kerana dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Nazri sekiranya terlibat dengan skandal 1MDB, sudah tentu beliau akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
"Sebab itu saya kata dia bodoh. Dia fikir dia tahu segala-galanya sebaliknya tidak. 1MDB ini dah lebih tiga tahun kes dibuka. Kalau saya terlibat tentulah saya dipanggil untuk beri keterangan kepada SPRM dan polis.
"Tetapi perkara itu tidak berlaku. Jadi penulis blog ini tidak ada modal nak tulis, buat lah cerita tidak betul dan cuba nak laga-lagakan Wisma Putra dengan ahli Parlimen.
"Saya tidak kisah kalau orang tidak suka saya dan nak komen kerana mereka ini bukan orang yang memberi undi di kawasan saya," katanya lagi.
Pada 28 Ogos tahun lepas, Nazri mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam PRU15.
Beliau menjelaskan keputusan itu diambil bagi membolehkan peluang diberikan kepada pemimpin muda.
Irwan Muhammad Zain
Mon Jan 10 2022
Nazri menjelaskan beliau perlu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen sekiranya mahu jadi duta ke Switzerland. - Gambar fail
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.
Kenapa nak jatuhkan kerajaan yang lawan rasuah? - Nazri Aziz
Kesungguhan mahu menjatuhkan kerajaan yang berusaha memerangi rasuah seolah-oleh pihak-pihak tertentu ini sedang melindungi aktiviti rasuah dalam negara ini.