awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekarang bukan masa bincang logo parti, kata DAP kepada AMK

Bernama
Bernama
06/06/2021
06:14 MYT
Sekarang bukan masa bincang logo parti, kata DAP kepada AMK
ANTHONY LOKE: Tidak perlulah mana-mana pihak mengungkit perkara ini secara terbuka selain bertelagah antara satu sama lain, ia tidak akan ke mana-mana. - Gambar fail
SEREMBAN: Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai bagi membincangkan isu penggunaan logo untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebaliknya fokus perlu diletakkan sepenuhnya ke arah membantu rakyat.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan secara terperinci dalam pemukiman Pakatan Harapan (PH) pada April lepas dan semua parti komponen PH sudah mencapai persefahaman umum mengenainya.
"Tidak perlulah mana-mana pihak mengungkit perkara ini secara terbuka selain bertelagah antara satu sama lain, ia tidak akan ke mana-mana.
"Apabila tiba masanya, Majlis Presiden PH akan membuat keputusan bersama dalam perkara ini. Soal strategi pilihan raya dan logo apa yang paling 'winnable' boleh dibincangkan kemudian hari," katanya menerusi kenyataan dalam Facebooknya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nasional Akmal Nasrullah Md Nasir semalam untuk menggunakan logo PKR bagi mewakili PH dalam PRU15, sekali gus menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada PH.
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata pada masa ini, pemimpin PH perlu memainkan peranan supaya setiap rakyat memperoleh vaksin dengan segera dan memastikan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka selain menyelesaikan isu pengangkutan ke PPV.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#politik
#PRU15
#logo parti
#Pakatan Harapan
#PH
#Anthony Loke
#DAP
#PKR
#Akmal Nasrullah Md Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan