awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selesaikan perbezaan pendapat di meja rundingan bukan di media - Azmin

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
24/07/2015
13:57 MYT
Selesaikan perbezaan pendapat di meja rundingan bukan di media - Azmin
Mohamed Azmin berkata semua masalah atau isu yang timbul antara parti dalam gabungan pembangkang boleh diselesaikan melalui perbincangan. - Gambar Fail
Perbezaan pendapat atau perbalahan antara parti tidak perlu dibuat di media massa, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin berkata semua masalah atau isu yang timbul antara parti dalam gabungan pembangkang boleh diselesaikan melalui perbincangan.
"Kita perlu bersatu untuk mendepani cabaran yang lebih besar.
"Oleh itu, penting bagi rakyat untuk tidak hilang kepercayaan kepada keupayaan kita untuk menerajui kerajaan," kata beliau ketika ditemui di Jelajah Amanat Presiden PKR di Dewan Sri Siantan di Kuala Selangor tadi.
Tambah Menteri Besar Selangor itu, kebersamaan lebih penting daripada mana-mana perbezaan pendapat antara parti politik.
"Kita meminta supaya kebaikan bagi rakyat diletakkan sebagai yang utama," kata beliau lagi.
Ditanya mengenai kestabilan Kerajaan Selangor yang mungkin terjejas akibat beberapa wakil rakyat PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), Azmin berkata spekulasi tidak harus dibuat berkenaan perkata tersebut.
"Semuanya seperti biasa," jelas beliau ringkas.
Semalam tiga wakil rakyat PAS di Selangor menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai GHB sebaik sahaja ia diumumkan sebagai parti September ini.
Tiga wakil rakyat tersebut ialah, ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharudin.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Gabungan Harapan Baru
#GHB
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan