awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Populasi China susut 3.39 juta pada 2025, catat 1.404 bilion
Anwar rakam penghargaan semua pihak jayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Putera raja dibuang negeri, Reza Pahlavi tekad pulang ke Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua ahli Parlimen Bersatu sokong Muhyiddin

Sinar Harian
Sinar Harian
11/10/2020
10:34 MYT
Semua ahli Parlimen Bersatu sokong Muhyiddin
Hamzah berkata, Bersatu menyeru kepada semua rakyat untuk tidak menghiraukan dakwaan Anwar. -Gambar fail
SHAH ALAM:Semua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal teguh memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tidak terlintas di fikiran semua ahli Parlimen itu untuk berpendirian sebaliknya terhadap Perdana Menteri Malaysia kelapan itu.
Menurutnya, dakwaan ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mendapat sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu adalah dakwaan tidak berasas dan bersifat rekaan semata-mata.
"Percaturan beliau (Anwar) untuk menubuhkan kerajaan baharu ini membuktikan bahawa beliau seorang ahli politik yang mementingkan diri.
"Beliau sanggup meletakkan cita-cita peribadi ingin menjadi Perdana Menteri melampaui segalanya sehingga sanggup mengorbankan kepentingan rakyat.
BACA: 18 Ahli Parlimen Pas tetap sokong Muhyiddin, Perikatan Nasional - Takiyuddin
"Dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson ini juga telah menambahkan kebimbangan dalam kalangan rakyat ketika ini yang amat bergantung kepada kerajaan dalam mengekang gelombang ketiga penularan wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, ujar beliau, Bersatu menyeru kepada semua rakyat untuk tidak menghiraukan dakwaan Anwar.
Katanya, rakyat diminta terus memberikan kerjasama padu kepada kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dan seterusnya memulihkan semula ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#ahli parlimen bersatu sokong muhyiddin
#Hamzah Zainudin
#Bersatu
#PPBM
#sokongan terhadap Muhyiddin
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan