Buat pertama kali dalam sejarah politik tanah air apabila kesemua Ahli Parlimen kecuali Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bermula hari ini dan esok.
Kesemua 221 Ahli Parlimen itu akan menzahirkan siapakah calon Perdana Menteri pilihan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dalam sesi temubual secara peribadi.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, kesemua Ahli Parlimen akan dibahagikan kepada dua sesi temubual dengan Yang di-Pertuan Agong.
Pertemuan pertama, kata beliau, akan diadakan pada hari ini bermula pukul 2.30 petang di Istana Negara.
"Kumpulan pertama seramai 90 orang akan diadakan hari ini dengan sekurang-kurangnya setiap Ahli Parlimen akan ditemubual selama antara dua hingga tiga minit.
"Sementara selebihnya akan disambung esok dan proses temubual akan diadakan sendiri oleh baginda dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali," kata Ahmad Fadil dalam sidang media di Istana Negara sebentar tadi.
Menurut Ahmad Fadil, kesemua Ahli Parlimen akan dipanggil serentak menghadap Al-Sultan Abdullah tanpa mengikut mana-mana parti politik.
Dewan Rakyat memiliki 222 Ahli Parlimen yang diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018.
Bagaimanapun, kemelut politik tanah air ketika ini menyaksikan pelbagai perkembangan yang tidak dijangka berlaku sejak tiga hari lalu.
Pada Isnin, Dr Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 sebelum Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Feb 25 2020
Ahmad Fadil Shamsuddin (kanan) menjawab soalan wartawan dalam sidang media di Istana Negara pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.