awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua calon kita sokong menang - Ku Li

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2018
09:10 MYT
Semua calon kita sokong menang - Ku Li
Majlis ramah mesra UMNO Pahang bersama Tengku Razaleigh di Wisma Belia, Indera Mahkota, hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Foto: Sinar Harian
“Semua yang menang adalah calon yang kita sokong,” kata calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau menyifatkan keputusan pemilihan sayap UMNO semalam mampu memberi nafas baharu kepada parti itu.
Menurutnya, perjuangan parti akan diteruskan menerusi calon yang telah dipilih bagi memastikan UMNO kembali kepada perjuangan sebenar.
“Saya gembira kerana ramai calon yang disokong oleh pihaknya memenangi pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri. Semua yang menang itu adalah yang kita sokong.
“Insya-ALLAH ia mampu beri nafas baharu kepada parti,” katanya.
Beliau ketika ditemui media selepas majlis ramah mesra UMNO Pahang bersama Tengku Razaleigh di Wisma Belia, Indera Mahkota, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat.
Sehingga jam 2 petang semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah disahkan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO manakala Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menang pertandingan jawatan Ketua Puteri UMNO.
Asyraf Wajdi menewaskan tujuh calon lain antaranya Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah.
Zahida pula menewaskan Hazreena Hashim.
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh yang akan berdepan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin pada pemilihan 30 Jun depan menganggap peluangnya sebagai ‘menggalakkan’ berdasarkan kepada pertemuannya di tiga negeri.
Jelasnya, pertemuan dengan ahli di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang sudah dibuat dan setakat ini sambutan amat menggalakkan.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung perkara terbabit.
Topic Berkaitan
#calon
#Datuk Seri Adnan Yaakob
#Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang
#Presiden UMNO
#Tengku Razaleigh Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan