KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Khamis mengumumkan senarai Kabinet baharu selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar 76 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Abang Johari sendiri menyandang Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi.
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kawah dilantik menjadi timbalan ketua menteri bersama ADUN Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan ADUN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Nama Dr Sim disebut-sebut menjawat jawatan itu selepas parti SUPP menang 13 daripada 18 kerusi pada PRN12 sekali gus berjaya merampas lima kerusi majoriti masyarakat Cina daripada DAP.
Dr Sim akan menggalas tanggungjawab Timbalan Ketua Menteri yang dikosongkan mendiang Tan Sri James Jemut Masing.
Berikut senarai barisan kabinet Sarawak:
KETUA MENTERI SARAWAK
Tan Sri Abang Johari Tun Openg
TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK
i. Datuk Amar Douglas Uggah Embas
ii.Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
iii. Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
MENTERI DI JABATAN KETUA MENTERI
Datuk John Sikie Tayai
MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI BAHARU
Tan Sri Abang Johari Tun Openg
MENTERI KEWANGAN dan EKNOMI BAHARU KEDUA
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
MENTERI PEMBANGUNAN BANDAR dan SUMBER ASLI
Tan Sri Abang Johari Tun Openg
MENTERI PEMBANGUNAN BANDAR dan SUMBER ASLI KEDUA
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
MENTERI TENAGA dan KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Tan Sri Abang Johari Tun Openg
MENTERI INFRASTRUKTUR dan PEMBANGUNAN PELABUHAN
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA dan PELABURAN
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
MENTERI KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN dan KERAJAAN PERUMAHAN
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
MENTERI PEMODENAN AGRIKULTUR dan PEMBANGUNAN WILAYAH
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom
MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Lee Kim Shin
MENTERI UTILITI dan TELEKOMUNIKASI
Datuk Julaihi Narawi
MENTERI PELANCONGAN, INDUSTRI KREATIF dan SENI PERSEMBAHAN /
MENTERI BELIA, SUKAN dan PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
MENTERI KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN KOMUNITI, WANITA, KELUARGA DAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK
Datuk Seri Fatimah Abdullah
MENTERI PENDIDIKAN, INOVASI dan PEMBANGUNAN BAKAT
Datuk Roland Sagah Wee Inn
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Dec 30 2021
Selain Ketua Menteri, Abang Johari sendiri menyandang Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi. - Foto Astro AWANI
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Fatimah kongsi detik mencabar dan mencemaskan semasa dikuarantin
Meskipun dikuarantin, Fatimah sentiasa berhubung dengan kakitangannya dan Jawatankuasa Khas Rantaian Bekalan Makanan Negeri yang mana beliau adalah Timbalan Pengerusi.