awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha politik Menteri Besar Kedah nafi letak jawatan

Bernama
Bernama
20/05/2017
13:42 MYT
Setiausaha politik Menteri Besar Kedah nafi letak jawatan
Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menafikan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar (MB) Kedah seperti yang tular di media sosial hari ini. -Gambar fail
Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menafikan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar (MB) Kedah seperti yang tular di media sosial hari ini.
Menyatakan bahawa dakwaan itu adalah tidak berasas, beliau berkata ia hanya direka oleh pihak tertentu untuk mengeruhkan suasana politik di Kedah yang kini dipimpin dengan begitu baik oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
"Tidak benar dakwaan tersebut. Ianya hanya dibuat untuk mengeruhkan keadaan dan menganggu fokus BN (Barisan Nasional) Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata tuduhan liar melalui media sosial ketika ini sudah menjadi perkara biasa dan harus ditelan oleh mereka yang bergelar ahli politiik.
"Hubungan saya dengan MB amat baik dan dia umpama abah saya. Beliau juga tidak lari dari viral seperti ini dan perkara ini sudah menjadi asam garam dalam berpolitik," katanya.
Shaiful Hazizy dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Sulit (KSS) Menteri Besar, Datuk Arminshah Siraj pada Khamis lalu.
Antara faktor beliau meletak jawatan ialah kononnya Shaiful tidak mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan kerana dibayangi KSS
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah
#Arminshah Siraj
#letak jawatan
#setiausaha politik
#Shaiful Hazizy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan