KUALA NERUS: Adakah salah mengambil ilmu daripada individu yang mempunyai pencapaian tertentu?, tanya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ahmad Samsuri menafikan bahawa pembentukan kerjasama dikenali sebagai 'State-Government 4' (SG4) dilihat seperti mahu memusuhi kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, ketika pertemuan pertama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kakitangan kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini menunjukkan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah sesekali menyentuh soal politik semasa berucap pada program tersebut.
"Ia hanya menyentuh soal pentadbiran bagaimana meningkatkan kecekapan dan tidakkah kita ingat sepanjang tempoh pemerintahan diterajui Tun M sebelum ini telah menunjukkan pencapaian yang tertentu. Jadi adakah salah bagi kami untuk ambil ilmu daripada individu yang telah meraih pencapaian tertentu tersebut.
"Selain itu, kerajaan Terengganu pada 2018 juga telah lantik (penasihat tak rasmi) Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor iaitu sebuah negeri yang maju dalam membantu Terengganu untuk melonjakkan ekonomi dan pelbagai perkara.
"Jadi saya tak faham (isu lantik Tun M penasihat tak rasmi). Mungkin (jadi isu) atas dengki atau iri hati oleh pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran Kerajaan, Bandar Al-Wathiqu Billah di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri menyatakan tidak timbul isu berhubung tidak menghormati kerajaan persekutuan susulan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat masih berjalan dengan baik.
"Di mana soal tidak hormati itu? Itu saya tak faham kerana apa kita laksanakan adalah cari jalan sebanyak mungkin dengan pelbagai cara untuk meningkatkan tahap ekonomi dan laporan serta perkara berkaitan di negeri yang ditadbir oleh empat negeri ini.
"Pada peringkat ini kita sedang bekerjasama dengan erat bersama kerajaan persekutuan melalui pelbagai agensi dan kementerian malah di peringkat Projek Laluan Rel Pantai Timur ( ECRL), kerjasama erat terjalin antara kerajaan negeri dengan agensi di bawah kerajaan persekutuan selain kami sentiasa bermesyuarat.
"Saya pun baru pada minggu lepas mesyuarat mengenai ECRL. Jadi tak timbul kenapa dan di mana isu tidak hormati berkenaan kerana saya percaya untuk capai pada satu tempat maka kita harus guna pelbagai cara asalkan objektif dapat dicapai dalam masa singkat," jelasnya.
Pada 14 September lepas Ahmad Samsuri menyatakan empat negeri bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali SG4 bersama Dr Mahathir.
Katanya, Mahathir akan memainkan peranan secara tidak rasmi terutama dalam menghubungkan SG4 bersama pelabur luar seperti Jepun dan Korea.
Pada Ahad lepas, sebuah media tempatan melaporkan pembentukan satu S4 yang ditadbir oleh PN dilihat seperti mahu memusuhi Kerajaan Persekutuan.
Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Mazlan Ali berkata, dengan memilih Dr Mahathir sebagai penasihat, ia akan membawa mesej tidak baik antara negeri-negeri pembangkang dan kerajaan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 18 2023

Sebelum ini Ahmad Samsuri menyatakan empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali SG4 bersama Dr Mahathir. - Gambar fail/Bernama

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNCHR, JKM
Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas dibongkar meminta sedekah.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
SPRM mungkin panggil Radzi Jidin - Azam Baki
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Tun M turun Kedah beri taklimat pembangunan ekonomi SG4
Bekas PM komited untuk bimbing Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis di bawah gabungan SG4 laksana transformasi kepimpinan.

SG4: 'Salahkah belajar daripada individu hebat seperti Tun Mahathir'? - Ahmad Samsuri
Adakah salah mengambil ilmu daripada individu yang mempunyai pencapaian tertentu?, tanya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.

Hari Malaysia: Perlu toleh ke belakang jika mahu maju ke depan - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat banyak perkara yang telah dilalui bersama sepanjang 60 tahun gabungan wilayah dan bergelar Malaysia.

Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN
Polis telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 3R.

Tun M mahu terus bersuara dalam isu 3R
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu terus bersuara terutamanya melibatkan isu-isu 3R yang menyentuh agama, bangsa dan institusi diraja walaupun sudah sembilan kali disoal siasat polis berkenaan isu itu.

'Apa jenis kerajaan yang ada sekarang? Ini adalah diktator' - Tun M
Dr Mahathir mendakwa pentadbiran kerajaan kini seperti pemerintahan kuku besi apabila menghalang orang Melayu bercakap mengenai masalah mereka.

PRN: Tak jadi hantar borang, Mohd Shaid tarik diri pertahan DUN Jeram
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli menarik diri daripada bertanding mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan.

Negara merasai kehilangan Salahuddin - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai satu kehilangan buat negara.

PN terdesak heret Tun M ke pentas ceramah - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat tindakan Perikatan Nasional (PN) mengheret Tun Dr Mahathir Mohamad ke pentas ceramah Pas sebagai kumpulan terdesak.