awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahelmey nafi kosongkan kerusi Parlimen Putatan

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2023
08:04 MYT
Shahelmey nafi kosongkan kerusi Parlimen Putatan
Shahelmey menegaskan fokusnya ketika ini hanya mahu menyelesaikan masalah bekalan air dan jalan raya di negeri ini. - Gambar fail
PUTATAN: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya menolak khabar angin bahawa beliau antara tujuh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan mengosongkan kerusi parlimen.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menegaskan fokusnya ketika ini hanya mahu menyelesaikan masalah bekalan air dan jalan raya di negeri ini.
"Itu semua khabar-khabar angin, jangan terlampau difokus. Kita fokus kepada kerja saja.
"Tiada apa-apa setakat ini, saya tumpukan masa untuk selesaikan masalah air dan juga jalan raya," katanya ringkas selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Ceramah Motivasi Sabah Maju Jaya di Dewan Sri Putatan di sini pada Khamis.
Timbalan Ketua Menteri itu berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang mendakwa tujuh Ahli Parlimen BN akan mengosongkan kerusi termasuk satu di Sabah.
Dakwaan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi satu rakaman video di mana ahli Parlimen yang terlibat iaitu empat dari Johor dan satu masing-masing dari Sabah Pahang dan satu di sebuah negeri di utara tanah air.
Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat sebelum ini digantung keahliannya dalam UMNO susulan tindakannya menyokong dan menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri dalam kemelut politik yang berlaku awal tahun ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Shahelmey Yahya
#kosongkan kerusi
#Ahli Parlimen Putatan
#Lokman Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan