awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahril nafi Biro Politik UMNO beri amaran kepada PM

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
26/08/2022
08:56 MYT
Shahril nafi Biro Politik UMNO beri amaran kepada PM
Shahril Hamdan menafikan laporan yang mengatakan Mesyuarat Biro Politik UMNO mendesak atau memberi amaran kepada Perdana Menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menafikan laporan yang mengatakan Mesyuarat Biro Politik mendesak atau memberi amaran kepada Perdana Menteri.
Menurut Shahril, sebarang kenyataan lain apatah lagi sebagai 'sumber' tidak boleh disifatkan sebagai benar, melainkan kenyataan rasmi dari parti.
"Agenda pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan UMNO atau menggambarkan seolah-olah kepimpinan UMNO bergaduh tidak perlu dipercayai," kata beliau dalam hantaran di akaun media sosialnya hari ini.
Shahril turut menegaskan, laporan berasaskan 'sumber' semata-mata mensensasikan cerita tidak sepatutnya dijadikan asas untuk melapor berita.
"Butiran perbincangan dalam mesyuarat ialah rahsia. Sebagai pemegang jawatan, kami tidak boleh membocorkan butiran semata-mata mahu menjadi 'reporter'.
"Tetapi dalam hal ini, untuk jelas, tidak ada sebarang kebenaran dalam dakwaan bahawa Biro Politik mendesak atau memberi amaran kepada Perdana Menteri apatah lagi pemecatan seorang PM dari UMNO," tulis Shahril lagi.
Terdahulu, Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, mahu menyaman Astro AWANI dan Malaysiakini atas dakwaan membuat laporan dengan memetik sumber tidak berasas, serta mencetuskan persepsi negatif terhadap partinya.
Dalam catatan di Facebooknya, Asyraf Wajdi berkata, beliau telah berbincang dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan peguam UMNO berhubung tindakan saman itu.
Topic Berkaitan
#Shahril Hamdan
#UMNO
#Biro Politik
#amaran kepada PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan