awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang DUN Kelantan diteruskan, semua ADUN perlu jalani ujian saringan COVID-19 - Speaker

Bernama
Bernama
17/08/2021
04:28 MYT
Sidang DUN Kelantan diteruskan, semua ADUN perlu jalani ujian saringan COVID-19 - Speaker
Abdullah berkata persidangan itu bakal dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi membendung penularan COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Ogos ini akan diteruskan, kata Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub.
Abdullah ketika dihubungi berkata kedudukan kerajaan negeri tidak terjejas susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri serta seluruh Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN), semalam.
Abdullah berkata persidangan itu bakal dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi membendung penularan COVID-19 selain kesemua Ahli DUN perlu menjalani ujian saringan wabak itu.
"Ini bagi memastikan tiada siapa antara mereka yang terlibat dalam Sidang DUN itu nanti 'membawa' jangkitan COVID-19, malah kita juga tidak akan membenarkan mereka yang mempunyai gejala untuk berada di dalam Dewan bagi mengelakkan risiko berlaku jangkitan penyakit itu," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa bakal Perdana Menteri?
Persidangan DUN Kelantan yang berlangsung selama tiga hari itu akan dijalankan secara bersemuka di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.
Kali terakhir DUN Kelantan bersidang ialah pada 13 April 2020 dan hanya selama 45 minit susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
[TERKINI] Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin | 16 Ogos 2021
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Kelantan
#persidangan dewan undangan negeri
#perintah kawalan pergerakan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Muhyiddin letak jawatan
#Speaker DUN Kelantan
#ADUN
#COVID-19
#Politik Malaysia
#Abdullah Ya'kub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan