awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura maju kerana tiada UMNO? Jangan guna alasan cetek perkecil pihak lawan - Zahid

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/03/2022
13:34 MYT
Singapura maju kerana tiada UMNO? Jangan guna alasan cetek perkecil pihak lawan - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya menegaskan, parti itu pernah bertapak di Singapura sebelum ditukar nama kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Singapura (PMKS). - Gambar fail/BERNAMA
TANGKAK: Sindiran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kononnya Singapura lebih maju berbanding Malaysia kerana negara itu tidak diperintah oleh UMNO disifatkan sebagai alasan tidak berintelektual untuk memperkecilkan pihak lawan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya menegaskan, parti itu pernah bertapak di Singapura sebelum ditukar nama kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Singapura (PMKS).
“Kalau kita mahu memperkecilkan lawan atau rakan politik lain, saya fikir gunakanlah alasan yang lebih intelektual.
“Kalau macam tu, Amerika maju kerana tak ada UMNO juga? Atau Perancis? Jadi, Kelantan maju kerana tak ada UMNO?
“Saya fikir alasan-alasan kebudak-budakan ini kita tak perlu layan… biar alasan intelektual. Perkara itu perkara yang terlalu remeh untuk saya berikan respon,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas beramah mesra bersama pengundi di pusat daerah mengundi (pdm) sawah ring, dewan undangan negeri (dun) gambir bersama calon barisan nasional (bn) kerusi itu, sahrihan jani.
BACA: Kenyataan Singapura maju kerana tiada UMNO gurauan kurang cerdik - Pemuda UMNO Kelantan
Terdahulu, beliau diminta mengulas kenyataan Mohd Amar ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang mendakwa Singapura maju kerana tidak ada pengaruh UMNO dan BN.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menegaskan, parti lain seharusnya menggunakan kaedah yang lebih matang jika mahu menjatuhkan pihak lawan berbanding membuat perbandingan cetek.
Katanya, tindakan untuk meraih undi bagi memenangkan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya itu juga disifatkan sebagai kebudak-budakan.
Topic Berkaitan
#PAS
#UMNO
#Zahid Hamidi
#Singapura
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PRN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan