awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: Jentera Bersatu bergerak seiring bantu calon BN

Aida Aziz
Aida Aziz
21/08/2020
21:59 MYT
Slim Memilih: Jentera Bersatu bergerak seiring bantu calon BN
Ahmad Faizal melihat hasil tanaman pada Pelancaran dan Penyerahan Kit Bumi Hijau Peringkat di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Lah, Chenderiang, Tapah, 21 Ogos, 2020. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman. -- fotoBERNAMA
Jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa bergerak seiring bersama-sama jentera Barisan Nasional dalam membantu perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim yang kini memasuki hari ketujuh.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perjalanan kempen PRK Slim berjalan lancar tanpa sebarang masalah dengan kerjasama di antara UMNO, Pas dan Bersatu.
"Kalau di Perak saya melihat tiada masalah langsung (perjalanan kempen dan jentera parti) dan kita amat selesa dengan kempimpinan UMNO dan Pas.
"Kami bergerak seiring walaupun saya akui di Slim, UMNO lebih bergerak kerana calon mereka yang bertanding.
"Tetapi sebenarnya di sebalik tabir dan juga di kalangan untuk mendapatkan sokongan di kalangan penyokong Bersatu, kami bergerak seiring dengan jentera BN," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Bersatu Perak berkata demikian sebagai mengulas perkembangan gerak kerja jentera parti negeri di PRK Slim bagi membantu kemenangan calon BN yang bertanding.
PRK Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN dan dua calon Bebas.
BN mempertaruhkan anak tempatan Slim, Mohd Zaidi Aziz, 43, yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim bagi mempertahan kerusi berkenaan.
Seorang lagi calon adalah peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang bertanding atas tiket Bebas mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seorang lagi calon Bebas, Santhara Sekaran Subramanian, 42, merupakan seorang bekas guru.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Barisan Nasional
#Bersatu
#calon
#DUN Slim
#jentera
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PAS
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PPBM
#PRK DUN Slim
#PRK Slim
#Slim Memilih
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan