awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slogan ‘demi rakyat’ sekadar retorik, pemain politik rakus kejar kepentingan - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
08:58 MYT
Slogan ‘demi rakyat’ sekadar retorik, pemain politik rakus kejar kepentingan - Syed Ali
Syed Ali mendakwa wujud budaya berbohong secara terbuka dalam kalangan pemain politik yang sanggup mengkhianati sokongan rakyat semata-mata untuk membolot habuan dan kepentingan politik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Laungan slogan 'demi rakyat dan demi negara', disifatkan sekadar retorik kosong apabila pemain dan pelobi politik lebih rakus mengejar jawatan serta habuan kuasa berbanding membela kepentingan rakyat.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, berkata rakyat sering dijadikan alasan bagi menghalalkan tindakan politik, sedangkan mereka tidak pernah dirujuk atau diminta pandangan dalam sebarang keputusan penting.
Beliau turut mendakwa wujud budaya berbohong secara terbuka dalam kalangan pemain politik yang sanggup mengkhianati sokongan rakyat semata-mata untuk membolot habuan dan kepentingan politik.
"Justeru itu tikam-menikam, adu domba, hasut fitnah dan segala macam pembohongan serta tipu daya sesama rakan termasuk seteru politik dihalalkan bagi mencapai impian di puncak kuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Syed Ali turut melahirkan rasa kesal terhadap parti-parti politik yang mendakwa memperjuangkan ketuanan Melayu dan berteraskan Islam, namun semakin bercelaru dan hilang arah antara tuntutan perjuangan sebenar dengan keghairahan mengaut kekayaan tanpa mengira soal halal dan haram.
Dalam masa yang sama, katanya, rakyat terus dilalaikan dengan pelbagai cerita tidak berasas, janji manis, angan-angan serta pembohongan yang berulang-ulang kali dimainkan bagi menutup kegagalan sebenar.
Bagaimanapun, beliau percaya kecelaruan dan ketidaktentuan hala tuju pemain politik akhirnya akan dihukum oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekiranya rakyat benar-benar memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Mengulas lanjut, Syed Ali menegaskan pemimpin dan pemain politik tidak seharusnya berterusan berpolitik sepanjang masa semata-mata untuk mencabar dan menggugat kerajaan sedia ada.
Sebaliknya, katanya, mereka perlu bergandingan tenaga membangunkan negara serta menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum yang hidup dalam suasana aman.
"Apabila tiba musim dan tempoh PRU, barulah digerakkan segala keupayaan serta strategi politik untuk meraih sokongan dan membentuk kerajaan sebagaimana yang dibenarkan oleh Perlembagaan," ujarnya.
Beliau turut mengingatkan bahawa pemimpin, pemain dan pelobi politik perlu lebih bertanggungjawab dan amanah kerana kedudukan mereka di tampuk kuasa berlaku dengan kehendak dan izin Allah SWT.
Topic Berkaitan
#Politik Malaysia
#pilihan raya umum
#Perjuangan Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan