awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banyak produk dihalang Israel untuk masuk ke Gaza
Pesawat ringan terhempas di Taiping berdaftar di bawah MSAF
Mesyuarat Khas SPR 16 Disember, bincang tarikh PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker DUN Sabah kemuka pemberitahuan kekosongan DUN Lamag

Bernama
Bernama
09/12/2025
08:45 MYT
Speaker DUN Sabah kemuka pemberitahuan kekosongan DUN Lamag
Menurut Kadzim, pemberitahuan itu selaras dengan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya hari ini menyerahkan pemberitahuan rasmi mengenai kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Kadzim M Yahya menyerahkan pemberitahuan rasmi kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah berikutan kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin.
  • Tindakan tersebut selaras dengan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah dan DUN Sabah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
  • Allahyarham Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah, meninggal dunia pada usia 66 tahun selepas mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17.

Kadzim dalam kenyataan hari ini memaklumkan kekosongan berlaku berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, Jumaat lepas.
Beliau berkata pemberitahuan itu selaras dengan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah.
"Justeru, pihak DUN Sabah menyerahkan kepada SPR Sabah untuk tindakan selanjutnya.
"Bagi pihak DUN Sabah, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.
Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi Jumaat.
Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Barisan Nasional
#DUN Sabah
#DUN Lamag
#kekosongan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan