awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker tunggu surat permohonan bubar DUN Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2023
03:00 MYT
Speaker tunggu surat permohonan bubar DUN Selangor
Suee Lim berkata notis pembubaran DUN itu akan ditandatangani beliau selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor. - Foto fail/BERNAMA
SEKINCHAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim masih menunggu arahan dan surat permohonan pembubaran DUN daripada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau memberitahu, Amirudin dijangka menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum tarikh pembubaran automatik pada 25 Jun depan.
"Sekiranya menteri besar menghadap Tuanku (Sultan Selangor) dan mendapat perkenan baginda, saya akan memastikan semua urusan ini berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Homestay Villa Chee dan D’Bendang Seafood Restoran di Villa Chee Sekinchan, di sini pada Selasa malam.
Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan berkata, notis pembubaran DUN itu akan ditandatangani beliau selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.
"Notis ini kemudian diserahkan kepada SPR untuk menjalankan urusan seterusnya bagi membolehkan PRN diadakan," ujar beliau.
Tambah beliau, semua urusan sidang DUN bagi penggal ke-14 juga telah selesai selama dua minggu yang bermula pada 14 Mac lalu.
"Maknanya tugas saya sebagai Speaker untuk mempengerusikan mesyuarat sidang DUN sudah selesai bagi tempoh satu penggal lima tahun.
"Kita hanya tunggu waktu keramat dan tarikh terbaik untuk kita bubarkan DUN sahaja," ujar beliau.
Sebelum ini, Amirudin dijangka menghadap Sultan Sharafuddin pada minggu ketiga Jun depan bagi pembubaran DUN Selangor.
Selain Selangor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pulau Pinang akan menjalankan PRN tahun ini selepas keenam-enam negeri itu tidak membubarkan DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Suee Lim
#Amirudin Shari
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan