Skip to main content

Politik

SPR tunggu pemakluman rasmi pembubaran DUN Sarawak

Terdahulu, Abang Johari pada sidang media khas mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober, bagi memberikan laluan kepada PRN ke-13. - Foto Astro AWANI
Terdahulu, Abang Johari pada sidang media khas mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober, bagi memberikan laluan kepada PRN ke-13. - Foto Astro AWANI

Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas menerima pemakluman rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Speaker DUN Sarawak.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata tarikh mesyuarat itu belum ditentukan dan akan dimaklumkan kemudian.

"Seboleh-bolehnya kita akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak sebelum menentukan tarikh-tarikh berkaitan, dengan mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya.

Mengulas tentang kesiapsiagaan SPR, beliau berkata persediaan awal meliputi aspek logistik, bekalan peralatan, latihan petugas pilihan raya serta pengenalpastian lokasi yang sesuai dijadikan pusat mengundi.

Beliau turut memaklumkan cadangan penggunaan teknologi Optical Character Recognition-Voters Attendance (OCR-VA) pada PRN Sarawak akan dikemukakan kepada ahli SPR untuk penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

Terdahulu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media khas hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober, bagi memberikan laluan kepada PRN ke-13.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Bilakah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan? 
    A: DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober.
  • Q: Siapakah yang mengumumkan pembubaran DUN Sarawak? 
    A: Pembubaran DUN Sarawak diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • Q: Apakah tindakan SPR selepas menerima pemakluman rasmi pembubaran DUN Sarawak? 
    A: SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas menerima pemakluman rasmi pembubaran DUN daripada Speaker DUN Sarawak.
  • Q: Apakah persediaan awal SPR untuk PRN Sarawak? 
    A: Persediaan awal SPR meliputi aspek logistik, bekalan peralatan, latihan petugas pilihan raya serta pengenalpastian lokasi yang sesuai dijadikan pusat mengundi.
  • Q: Apakah teknologi baharu yang dicadangkan untuk digunakan pada PRN Sarawak? 
    A: SPR mencadangkan penggunaan teknologi Optical Character Recognition-Voters Attendance (OCR-VA) dan akan mengemukakan cadangan ini kepada ahli SPR untuk penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

Must Watch Video

Advertisement