KUALA LUMPUR:Ramai yang melihat kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalin kerjasama dengan pihak lain untuk mendapatkan mandat menggantikan kerajaan sedia ada.
Fellow Penyelidik Ilham Centre, Prof Dr Hamidin Abd Hamid berpendapat, kegagalan itu membuatkan ada yang berpandangan sudah tiba masanya Anwar memberi peluang kepada pemimpin muda.
"Tapi yang nyata ketika ini, kita melihat dalam konteks Pakatan Harapan walaupun selepas ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir, seorang lagi pemimpin lama dalam politik, kita melihat Pakatan Harapan berdepan dengan persoalan kepimpinan.
"Anwar Ibrahim dikatakan gagal menjalinkan kerjasama mendapatkan mandat bukan saja di kalangan Pakatan Harapan tetapi juga di kalangan mereka yang ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
"(Justeru) Anwar Ibrahim seharusnya mula membuka langkah, membuka pintu untuk membenarkan kepada golongan lebih muda untuk menggantikan beliau sebagai pemimpin Pakatan Harapan.
"Tetapi saya melihat tidak semudah itu dalam konteks perubahan kepimpinan dalam political party di Malaysia," katanya kepada Astro AWANI.
Bagi Ketua Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, bukan hanya Anwar yang perlu berundur tetapi sudah tiba semua pemimpin lama memberi peluang kepada anak muda.
Namun Hisomuddin menegaskan pemimpin-pemimpin muda juga membuktikan ketokohan mereka sendiri tanpa dibayangi tokoh-tokoh lama.
"Bagi memahami situasi politik yang akan datang, saya menjangkakan bahawa ini memerlukan satu pembaharuan dalam penampilan dan strategi politik.
"Pemimpin lama perlu berkorban untuk memberi laluan kepada ketokohan anak muda bagi mewarisi atau memimpin, mengambil baton ini untuk memacu lebih jauh ke depan.
"Laluan ini perlu diberi sepenuhnya tidak perlu dibayangi lagi atau perlu mereka ragu-ragu dengan kekuatan ini tetapi pemimpin anak muda juga perlu berani untuk mencipta dan membina ketokohan mereka sendiri," katanya lagi.
Sejak beberapa tahun lepas isu menggantikan pemimpin lama dalam semua parti politik telah diperkatakan namun sehingga kini tidak ramai generasi pelapis yang diketengahkan.
Pandangan kedua-dua penganalisis ini seiring dengan pendapat yang turut disuarakan bekas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin menyarankan agar peluang diberikan kepada pemimpin muda mengambil alih secara teratur dan terancang demi menjamin kesinambungan pemerintahan negara.
Tokoh Wartawan Nasional itu berkata, sudah tiba masanya untuk kepimpinan politik yang ada sekarang diganti.
BACA: Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Pada Khamis juga, wakil rakyat DAP, Datuk Teng Chang Khim mengumumkan akan bersara dan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Chang Khim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baru Klang dan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor mengumumkan persaraannya itu selepas 25 tahun menjadi wakil rakyat.
BACA: Pemimpin DAP umum bersara selepas 25 tahun jadi wakil rakyat
Irwan Muhammad Zain
Thu Dec 03 2020

Kegagalan bekerjsama membuatkan ada yang berpandangan sudah tiba masanya Anwar Ibrahim perlu memberi peluang kepada pemimpin muda. - Gambar Fail

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Malaysia laksana tugas dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN pada detik genting - Pengerusi FPCI
Dunia kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan sistem antarabangsa sedang menghadapi tekanan hebat.

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global
Sarawak sehaluan dan secara aktif menyumbang kepada ASEAN, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

ASEAN seru ekosistem digital yang selamat, inovatif dan terangkum
Para pemimpin digital ASEAN memperbaharui komitmen untuk membentuk masa depan digital yang selamat dan terangkum.

PERANTIS tangani penurunan perwakilan wanita - Nancy
Kemerosotan perwakilan wanita Malaysia dalam politik bukan disebabkan oleh kekurangan sokongan dalam parti tetapi budaya politik yang telah lama diamalkan.

ASEAN perlu pelbagaikan hubungan dagang tingkatkan daya tahan - Ahli ekonomi
Rantau ASEAN tidak lagi boleh bergantung secara berlebihan kepada mana-mana rakan ekonomi tunggal.

'Tiada layanan dua darjat siasat kesilapan paparan Jalur Gemilang' - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan tiada layanan dua darjat dalam siasatan berhubung kesilapan paparan Jalur Gemilang membabitkan KPM hari ini.

PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2024.

PM harap Astro AWANI terus membangun inovasi media era AI
PM ucap tahniah atas kemenangan Astro AWANI di Anugerah Digital Media Asia 2025 dan harap terus bangun inovasi media nasional dalam era AI.

Peruntukan RM1 bilion sudah dilulus untuk rancakkan produktiviti padi di Kedah - PM Anwar
Perdana Menteri sekali lagi mengulangi bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi merancakkan produktiviti padi di Kedah.

Usaha berterusan perlu dilakukan perkukuh struktur perkhidmatan awam - PM Anwar
Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar kekal mampan, responsif dan sejajar dengan keperluan semasa negara.

PM Anwar ucap takziah buat keluarga Bekas Wanita Pertama Singapura, Noor Aishah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan salam takziah atas pemergian bekas Wanita Pertama Singapura Noor Aishah Mohammad Salim, 91, yang meninggal dunia hari ini.

Tarif Trump: Sidang khas Parlimen 5 Mei depan
Beberapa ahli Parlimen bagaimanapun memaklumkan mereka masih belum menerima sebarang surat pemberitahuan rasmi mengenai sesi tersebut.

Kawalan keselamatan PDRM, agensi berkaitan semasa lawatan Presiden China cemerlang
Perdana Menteri zahir penghargaan kepada PDRM dan agensi berkaitan atas kecemerlangan dalam aspek kawalan keselamatan semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.

PM Anwar zahir rasa sedih atas pemergian Pope Francis
Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan Francis sebagai suara moral yang membawa belas kasihan, kerendahan hati dan keadilan dalam dunia yang mencabar.

Pemilihan PKR: Tiada rombakan Kabinet - PM Anwar
Tiada rombakan Kabinet susulan daripada keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.