awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUPP tidak pandang ringan pertembungan lima penjuru

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
25/04/2016
07:23 MYT
SUPP tidak pandang ringan pertembungan lima penjuru
"Kita jarang melihat pertembungan sebegini banyak di satu kerusi," ujar Datuk Dr Sim Kui Hian.
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak akan memandang ringan pertembungan lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.
"Kita jarang melihat pertembungan sebegini banyak di satu kerusi.
"Namun, saya bertegas bahawa kita perlu terus berusaha keras untuk membuktikan calon SUPP adalah yang terbaik bagi kerusi-kerusi yang kami tandingi, termasuk Batu Kitang," kata Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai pertandingan tiga penjuru melibatkan beliau sendiri di Batu Kawah, Dr Sim berkata beliau menghormati demokrasi serta mengalu-alukan penyertaan individu lain dalam pilihan raya.
"Walau bagaimanapun, ingin saya tegaskan bahawa tiada istilah mesra Barisan Nasional bagi calon bebas.
"Jika mereka menang sekalipun, mereka tidak akan diterima ke dalam BN," kata beliau dalam satu sidang media di Ibu Pejabat SUPP di Kuching petang tadi.
Selain itu, beliau mengulangi kenyataan bahawa sesiapa dari kalangan ahli SUPP yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat dari parti.
"Dalam pasukan (Tan Sri) Adenan hanya ada 82 nama dan semuanya adalah Barisan Nasional.
"Jika ada individu lain turut bertanding, mereka akan dianggap sebagai pembangkang kepada BN," kata Dr Sim.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak
#PilihanRayaSarawak
#sarawak2016
#SUPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan